Kita maklum saat ini pemimpin dan jentera Warisan sedang rancak memainkan isu jalan raya rosak dan bekalan air yang bermasalah.
Namun kita sedar dan tahu itu semua hanyalah propaganda dan retorik Warisan, apa lagi jika dikaitkan dengan Presiden Warisan, Shafie Apdal.
Jadi sepatutnya selepas membaca artikel ini tidak ada lagi masyarakat Sabah yang percaya pada janji kepimpinan atau politik Parti Warisan. Ini kerana selama ini orang yang bertanggungjawab menyelesaikan prasarana asas masyarakat Sabah ialah Shafie Apdal melalui Kementerian Luar Bandar dan Wilayah atau KKLW yang hampir dua penggal disandang oleh Shafie.
Propaganda itu juga bertujuan menjustifikasi kerjasama
mereka dengan UMNO yang secara logiknya mustahil berlaku memandangkan selama ini, apa yang buruk pada UMNO menjadi modal kepada Warisan hingga mudah memikat segelintir masyarakat menerima Warisan. Begitu pula sebaliknya perkara paling buruk yang ada dalam Warisan menjadi talian hayat kepada UMNO hingga berjaya mengekalkan sokongan sebahagian masyarakat terhadap UMNO.
Tolak UMNO, Sabah kita punya, ini slogan Warisan sebelum ini. UMNO perompak kekayaan Sabah, ini juga modal Warisan. Modal UMNO pula Shafie dilahirkan di selatan Filipina, bangsa Shafie boleh berubah ubah mengikut tempat atau kampung. Kalau tempat atau kawasan semasa Shafie berkempen ramai bangsa KDMR maka yang menjadi bahan politik ialah bangsa Bajau Suluk. Begitu pula jika hadir di kawasan majoriti Bajau Suluk maka yang menjadi mangsa cacian adalah bangsa KDMR. Bangsa Bugis juga tidak terkecuali sebenarnya turut menjadi bahan kepada musuh Warisan.
Sebab itulah sering saya katakan Warisan atau Shafie adalah perosak kepada struktur masyarakat Sabah.
Namun tahukah anda, siapa dan bagaimana krisis jalan raya dan bekalan air bersih mulai menjadi isu di Sabah, terutamanya diluar bandar yang berlarutan sehingga hari ini?
Kita ingat kesempatan dua tahun setengah Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah, serba sedikit dapat menutup kegagalannya sebagai Menteri KKLW rupanya tidak juga. Malah kerajaan Warisan menghentikan projek mega Pan Borneo selama dua tahun atas alasan yang tidak profesional.
Kamu dengar balik luahan penduduk satu kampung di daerah Kunak, semasa Shafie menjadi Menteri KKLW.
Terjadi bila merasakan komuniti mereka diabaikan dalam soal bekalan air sedangkan orang yang bertanggungjawab adalah Menteri daripada Sabah. Tidak hairan kenapa mengugut akan mengirim air kencing mereka kepada Perdana Menteri Malaysia waktu itu.
Sekarang kamu sudah tahu, kenapa bekalan air bersih masih menjadi masalah di sebahagian kampung dan daerah luar bandar.
Begitu juga dengan keadaan jalan raya, turut mendapat kritikan pedas masyarakat sewaktu Shafie menjadi Menteri KKLW atau pemimpin UMNO. Akan saya terbitkan selepas ini, sebagai bukti siapa sebenarnya yang menyumbang kepada kemiskinan negeri Sabah.
Ironinya hari ini Warisan dan UMNO akan bekerjasama. Arios!