Shafie Jual Nama Kerajaan Perpaduan Bagi Menghalalkan UMNO

Saya benar-benar tidak faham kenapa Presiden Warisan Shafie Apdal begitu mempolitikkan kerajaan perpaduan di peringkat negeri Sabah.

Katanya kerajaan perpaduan telah dibentuk di peringkat Persekutuan tetapi di peringkat negeri usaha masih dijalankan.

Usaha? usaha siapa!

Begitu alasan yang diberikan ketika ditanya oleh wartawan, adakah Warisan akan bekerjasama dengan UMNO.

Saya cukup yakin yang Shafie tahu kedudukan parti parti di peringkat persekutuan dan peringkat negeri sabah, seperti berikut.

Kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan terdiri dari PH, UMNO/BN dan 3 ketul Parti Warisan.

Di peringkat negeri Sabah Warisan, UMNO dan PKDM berada dalam blok pembangkang. Setelah UMNO dan Warisan berkomplot merampas kerajaan negeri dari GRS, begitu pula PKDM setelah menarik sokongan dari kerajaan GRS.

Manakala kerajaan GRS di dukung oleh PH yang terdiri dari DAP, PKR dan sudah tentulah PGRS, PBS dan STAR.

Jadi bagaimana mungkin kerajaan perpaduan boleh dibentuk di peringkat negeri Sabah.

Tidak mungkin DAP sanggup di cop dua kali bodoh kerana bekerjasama dengan Parti Warisan. Begitu juga dengan komponen GRS tidak mungkin mereka bekerjasama dengan Parti Warisan dan UMNO setelah berkomplot menjatuhkan kerajaan GRS.

Jadi di mana relevannya Shafie bercakap soal kerajaan perpaduan di peringkat negeri sabah? mesti ada yang cuba disembunyikan .

Adakah tujuan Shafie bercakap soal kerajaan perpaduan di peringkat negeri Sabah bagi mengurangkan impak apa bila Warisan dan UMNO benar benar bekerjasama? Memandangkan sokongan yang mereka terima hasil keburukan masing masing yang mereka dedahkan.

Dengan harapan rakyat Sabah tidak menyalahkan Warisan, kerana kerjasama dengan UMNO dibuat atas nama kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.

Licik bukan, Warisan jual nama kerajaan perpaduan untuk menghalalkan UMNO.

Licik pun awal awal lagi rakyat sudah nampak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: