
Assalamualaikum, saya tergamak menghulurkan salam pada macai parti Warisan dengan harapan dapat mengurangkan dosa-dosa mereka atas pembohongan berhubung kerajaan GRS atau Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor yang mereka sebarkan.
Bukan apa, ini bukan kali pertama kenyataan mereka terbukti bohong. Ibarat pagi mereka membuat kenyataan petangnya terbukti bohong, makin tua makin bodoh.
Dalam artikel ini juga nanti saya selitkan satu dari beberapa yang membuktikan pembohongan mereka. Tapi ada juga si tua yang masih percaya. Tiga Lagi Keratan Berita Bohong Disebarkan Laskar Maling dan Besi Buruk Warisan (2)
Page Borneo Voice mendakwa Sabah mengumumkan berbilion ringgit tapi ada beberapa perkara yang menjadi isu.
Kerajaan Warisan menerima royalti minyak sehingga 3.2 bilion ke mana ia dibelanjakan. Macam mana tu?
Isunya pihak mana yang menyebabkan hal dibawah menjadi polemik bodoh laskar Warisan. Mari kita lihat.
- Jalan jalan di Sabah macam di bulan. Betulkah macam di bulan, tidak betul kerosakan jalan macam biasa dan tidak panjang, khususnya di Telupid dan sedang dalam pembaikan. Soalnya kenapa jalan jalan berkenaan tidak dibaiki semasa kerajaan Warisan. Begitu juga Bung Mokhtar semasa berjawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri JKR Sabah selepas kerajaan Warisan tumbang?
- Gangguan bekalan air berlaku diseluruh daerah di Sabah. Tidak betul, tidak semua daerah di Sabah berhadapan dengan bekalan air yang kritikal yang ada gangguan akibat catuan sementara (mati orang Sabah kalau tiada air) ketika berlaku kerja kerja penyelenggaraan oleh Jabatan Air Negeri Sabah. Namun tidak dinafikan ada kelemahan sistem dalam JANS menyebabkan gangguan air. Selain kes mencuri air yang gagal dibanteras. Ironinya mencuri air banyak berlaku di kawasan yang menjadi Kubu Warisan seperti di daerah Semporna dan Sepanggar. Kalau di Semporna sampai melibatkan keluarga pemimpin atau wakil Rakyat Warisan. Dalam isu ini Bung Moktar juga boleh dipertanggungjawabkan sekaligus dipersalahkan kerana dia adalah Menteri JKR yang juga bertanggungjawab menjaga bekalan air. Selain sudah tentu kerajaan Warisan, dua tahun lebih sebagai kerajaan negeri, namun sikit pun tidak ada penambahbaikan. Hari ini kerajaan GRS terpaksa memikul tanggungjawab yang lebih besar, JANS perlu dirombak dan loji air baharu perlu dibina bagi menampung keperluan selain penyelenggaraan yang berjalan seperti biasa.
- Gangguan bekalan elektrik setiap hari diseluruh Sabah. Ini juga tidak betul, tidak berlaku setiap hari dan tidak berlaku seluruh Sabah. Kes curi kabel letrik menyebabkan gangguan bekalan. SESB juga terpaksa mencatu bekalan kerana keperluan yang melebihi kapasiti. Gangguan letrik juga berlaku era kerajaan Warisan tinggal lagi ketika itu keperluan tidak mendesak hingga memaksa catuan dijalankan. Perlu diketahui SESB bukan anak syarikat kerajaan negeri Sabah, SESB adalah swasta milik TNB.
- Pacak Signboard Sabah Maju Jaya sana sini. Apa isunya signboard? lainlah kalau penyokong Warisan buta huruf. Sebab itu signboard tidak diperlukan sedangkan tujuan signboard untuk memotivasikan rakyat Sabah.
- Tiada cerita langsung pasal usaha tuntutan MA63, disini terbukti benar laskar Warisan manusia munafik. Perdana Menteri Anwar sendiri telah membuat kenyataan bahawa tuntutan perjanjian Malaysia 1963 sedang berjalan dan beberapa perkara telah dipersetujui.
- Gaji Menteri naik 40% dan lulus dalam beberapa jam saja. Bukan hanya gaji Menteri tapi juga wakil rakyat dari parti Warisan. Kalau benar pihak Warisan tidak bersetuju dengan kenaikan gaji, kenapa wakil wakil rakyat Warisan tidak membantah semasa undian usul dijalankan di dewan undangan negeri Sabah ketika itu.
- Membatalkan tuntutan hasil cukai 40% Sabah dari Persekutuan. Kenyataan yang dusta, tidak ada seorang pun pemimpin dari kerajaan GRS yang membatalkan tuntutan 40% sebaliknya akan dibawa ke Mahkamah jika tidak dipersetujui.
- PATI dapat KWAS. Apa masalahnya jika kehadiran PATI dapat dimanfaatkan bagi memenuhi kekurangan pekerja. KWAS juga dapat mengawal pertambahan PATI dari semasa ke semasa. Era kerajaan Warisan, Shafie ingin melaksanakan PSS tapi ada kekurangannya hingga di tentang oleh rakyat Sabah dan sebenarnya pemimpin KDMR pro Warisan, kerana kekurangan tadi.
JANS Punca Bekalan Air Bermasalah Di KKIA, Sepanggar Dan UMS (Video)
Biji peler kau bangkak sebelah.
LikeLike
Kenapa artikel itu fitnah kah?
LikeLike