KOTA KINABALU: Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB) memulihkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan secara berperingkat sebelum pulih sepenuhnya pada jam 10.06 malam.
Jurucakap SESB dalam satu kenyataan memaklumkan berlaku kerosakan teknikal pepasangan di salah satu Pencawang Masuk Utama milik SESB menyebabkan beberapa janakuasa utama terpelantik.
Katanya keadaan itu juga mengakibatkan sistem Grid Sabah kehilangan kapasiti 200 Megawatt (MW).
โPemulihan bekalan dilakukan secara berperingkat bermula dari jam 8 malam dan kita masih menjalankan siasatan terhadap punca kerosakan.
โSESB juga memohon maaf dengan kesulitan yang dialami pengguna semasa gangguan bekalan elektrik.
โSebarang pertanyaan mengenai gangguan bekalan boleh menghubungi talian SESB Careline di 15454,โ katanya.
Senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan letrik dan berjaya dipulihkan.



















Tahniah SESB.





















