
Warisan akan bekerjasama dengan UMNO pada pilihan raya negeri Sabah akan datang, sudah sah kah? bagus juga tidak banyak kerja untuk membongkar pembohongan mereka.
Sudah dijangka pun, tak kan tidak bercium mulut selepas Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar dan Ketua Warisan, Shafie Apdal bekerjasama cuba merampas kerajaan negeri dari GRS, walaupun gagal.
Komplot yang tamak apa bila selama ini saling menyerang dan mendedahkan kesalahan masing masing.
Hinggakan tidak dinamakan Warisan sedang berpolitik jika tidak menyerang UMNO dari semua sudut. Begitu juga dengan UMNO tidak namanya berpolitik jika tidak menyerang dengan menunjukkan presiden Warisan juga sama seperti pemimpin UMNO di heret oleh SPRM kerana terlibat dalam skandal rasuah. Di persoalkan juga cerita kemana hilangnya peruntukan 6 bilion semasa Shafie menerajui Kementerian KKLW.
Bekerjasama diantara parti adalah perkara biasa tetapi yang jelik bila tujuan mereka bekerjasama untuk menyelamatkan satu pihak dari kesalahan salah guna kuasa di Mahkamah. Manakala satu pihak lagi kemaruk kuasa, walaupun telah ditolak oleh rakyat Sabah dalam pilihan raya negeri Sabah 2020.
Seperti mana tujuan Bung Mokhtar bekerjasama dengan Shafie begitu juga sebaliknya.
Dari konteks Perjanjian Malaysia pula, keduanya tidak boleh dipercayai. Ini kerana faktor status perjuangan mereka yang jelas bertentangan. Rakyat Sabah sedar UMNO sinonim dengan memperjuangkan Malaya atas nama Melayu walaupun sehingga hari ini masih ada orang Melayu yang sangat tidak terbela, seperti masih berumah dibawah jambatan dan sebagainya. Warisan pula seolah kenegerian kerana mempolitikkan perjanjian Malaysia walaupun rakyat Sabah sedar ia hanyalah propaganda semata mata.
Berdekad UMNO menjadi kerajaan pusat namun sikit pun tidak merealisasikan perjanjian Malaysia 1963. Nah pasti selepas ini bila kelak bekerjasama dengan Warisan akan bertukar warna. Pembohong kan, belum apa apa sudah kantoi membohong.
Ibarat sumbang mahram. Begitulah nanti gambaran yang akan di dapat oleh masyarakat Sabah ke atas Warisan dan UMNO.
Penurunan Kuasa? Lupa Siapa Hampir Jual Sabah Dan Mana Manifesto Borneonisasi Versi UMNO?
Sah Agenda Borneonisasi Versi Warisan Adalah Karut Marut
Siapa Percayakan UMNO Bila Bercakap Soal MA1963, Memang Tolol
Pokoknya sekalipun mereka bekerjasama tapi jangan pernah percaya bila mereka bercakap soal perjanjian Malaysia 1963 atau hak hak Sabah. Sebab UMNO tidak akan berani menunaikan 20 perkara dalam perjanjian Malaysia, begitu pula dengan Warisan telah gagal akibat takut mengemukakan tuntutan.
Lalu laskar Warisan berpendapat kononnya kerjasama ini membuat GRS seram. Seram apanya oiii. Hakikatnya kerjasama itu ibarat bola tanggung bha tu.
Selama ini pun, Warisan sedikit diterima oleh rakyat Sabah kerana sentimen Warisan ke atas Melayu aka UMNO begitu pula sebaliknya jika UMNO tidak kisah dengan kritikan Warisan selama ini.
Tinggalkan Jawapan