Sah Agenda Borneonisasi Versi Warisan Adalah Karut Marut

Admin tidak tahu adakah jawapan artikel yang admin tulis pada satu atau dua tahun lepas, hari ini telah terjawab?

Seperti contoh artikel asal dibawah yang bertajuk “Agenda Borneo Cerita lama – Muhyiddin (PH)” artikel ini bertarikh January 2018.

Kesimpulan dari artikel itu ialah apa yang diperjuangkan oleh Warisan atau Shafie pada waktu itu sememangnya tidak lagi relevan kerana tidak ada sudah masyarakat Sabah yang bersifat kenegerian sebaliknya mereka lebih suka kepada perjuangan yang berkonsepkan kenegaraan.

Barang diingat komen itu dilontarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun pada ketika itu berkawan dengan Shafie dalam Pakatan Harapan. Hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Perdana Menteri Malaysia atau Perikatan Nasional adalah musuh Warisan.

Maksudnya disini penentangan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Warisan bukannya perkara baru ia telah berjalan lama walaupun pada ketika itu mereka berada didalam rumah yang sama.

Ini membuktikan perjuangan Borneonisasi yang dicanang oleh Shafie hanyalah retorik politik ia tidak akan membawa kebaikan kepada rakyat Sabah dalam erti kata yang sebenarnya. Dibuktikan lagi apa bila DAP menggunakan lambang Warisan dalam pilihan raya negeri Sabah yang akan ditentukan pada 26hb ini. Maka secara logiknya hilanglah agenda Borneonisasi ini kerana agenda perjuangan DAP ialah Malaysian Malaysia atau Malaysia First.

Dalam erti kata lain dari awal lagi Tan Sri Muhyiddin tahu Shafie hanyalah memperalatkan rakyat Sabah melalui agenda Borneonisasi yang jelas untuk kepentingan dirinya. Apa lagi selepas gagal menjadi kerajaan negeri yang hanya mampu bertahan dua setengah penggal. Pasti Shafie akan lebih galak memperjudikan nasib masyarakat Sabah, sebab dia tahu ditakdirkan Warisan tersungkur pasti akan terbongkar banyak salah laku selama dia mengetuai kerajaan negeri Sabah.

Cuba bezakan dua slogan ini Warisan memperjuangkan Sabah For Sabahan sedangkan DAP menggunakan lambang Warisan terkenal dengan perjuangan Malaysian Malaysia atau Malaysia First. Macam kutub utara dan kutub selatan.

Nampak benar penipu. Jelas sudah agenda Borneonisasi versi Warisan hanyalah sebahagian daripada peralatan Warisan dan DAP. Perjuangan yang karut.

Nah kenapa sudah Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Malaysia, Muhyiddin Yassin yang juga sekutu Shafie Apdal. Memperli perjuangan olok olok Parti Warisan, Shafie Apdal. Walaupun kenyataannya itu ditujukan kepada Gabungan Sabah yang juga memperjuangkan Borneonisasi. Muhyiddin Yassin menegaskan, bahwa hari ini agenda politik telah berubah, tidak ada lagi masyarakat yang benar benar menyokong perjuangan yang bersifat […]

Agenda Borneo Cerita Lama – Muhyiddin (PH)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.