Laskar Warisan Menyamar Sebagai Setiausaha Politik Kepada KM Hajiji

Semalam tersebar masej suara yang didakwa oleh laskar Warisan itu sendiri sebagai setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sabah atau bapanya sebagai setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Jadi saya tanya mereka, siapa setiausaha politik berkenaan.

Ada yang berani menjawab, dia adalah setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Terus saya tersenyum sinis, saya jawab macam orang yang tidak ada sekolah saja tu, sebab entah apa saja jak yang dia cuba jelaskan, sampai mahu saja saya cubit mulutnya. Hahaha!

Dia punya slang pun macam dibuat buat atau bukan asli, biasanya golongan seperti inilah yang dijadikan alat oleh Warisan.

Bila menyamar dan membuat kenyataan yang tidak bersambung untuk tujuan memburukkan mana mana kepimpinan, dalam hal ini ke atas Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor. Itu membuktikan mereka sangat terdesak. Persis laskar Warisan yang suka mengada ngada dan suka menyebarkan kenyataan bohong di grup grup whatsApps, khususnya.

Laskar tolol seperti ini, jika mengongsi satu isu, lalu kita tanyakan lebih lanjut. Pasti mereka hanya mampu mandi manda dengan emoji, bagi menutup pembohongan dan rasa malu mereka.

Tapi itu tidak menghalang mereka untuk berdiam diri sebaliknya selang beberapa waktu mereka akan muncul dengan isu baharu yang berbau bohong dan fitnah.

“Setiausaha politik” itu mendakwa bukan hanya Bung Mokhtar Radin yang sepatutnya dibuang tapi juga kononnya Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor. Dia juga mendakwa kononnya kerajaan GRS akan jatuh sebab nama saja kerajaan perpaduan tapi di remote oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Siap mengutip nama James Ratib lagi sebagai tidak boleh dipakai. Pertanyaannya kenapa pula tidak boleh dipakai sedangkan hak memilih atau mengalihkan sokongan adalah hak seorang warganegara. Lainlah kalau warganegara plastik yang merasakan diri mereka tidak ada hak memilih wadah perjuangan.

Penyamar seperti itu pada kebiasaannya beranggapan undang undang boleh dilanggar jika Warisan yang menjadi kerajaan. Bodohnya.

Mereka lupa Presiden Warisan dan kroninya pernah dipakaikan baju oren dan bermalam dalam tahanan SPRM kerana didakwa terlibat dalam penyelewengan dalam Kementerian KKLW. Membuktikan siapa juga kepimpinan Warisan di mata Undang Undang? Jadinya jangan mudah terpedaya, sekalipun Warisan menjadi kerajaan mereka harus mematuhi undang undang, jika tidak maka penjaralah jawapannya.

Habis itu jika GRS jatuh digantikan dengan kerajaan mana pula, kerajaan Warisan? mangkuk itu lupa kah, Warisan kalah dalam pilihan raya negeri 2020 walaupun masa itu Warisan sebagai parti pemerintah. Begitu juga dalam pilihan raya umum ke 15 baru baru ini, Warisan hanya mendapat 3 kerusi dan 52 yang mereka ikut.

Warisan semasa menjadi kerajaan negeri, bukan hanya ikut telunjuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir malah takut membuat tuntutan MA63. Pelik kan?

Begitulah laskar Warisan, orang seperti inilah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya dalam program “Temu Anwar”. Bahawa sebagai anak muda jangan jadi macai atau wa laun dan tidak dinafikan dalam Warisan ramai macai dan wa laun yang tidak ada kelayakan tapi gian berpolitik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: