
Kalau penyokong Perikatan Nasional atau GRS yang mengkritik propaganda Parti Warisan berkaitan perjanjian Malaysia 1963. Maka akan ada yang mendakwa sebaliknya kononnya ia pihak yang tidak ingin melihat kononnya parti tempatan menuntut hak-hak Sabah.
Parti tempatan apa, kalau macam parti Warisan hidup dua alam, bertanding di Sabah dan Semenanjung. Jadi macam manalah mereka menegakkan perjuangan hal hal dalam perjanjian Malaysia 1963 sedangkan ia tidak bersifat Nasional.
Apa bha yang difahami dan diketahui oleh penyokong Warisan berhubung perjanjian Malaysia 1963. Berdekad Shafie memikul tanggungjawab sebagai pemimpin UMNO yang bertapak Persekutuan tapi tidak pula kedengaran dia menuntut perjanjian Malaysia 1963 dihadapan pemimpin UMNO atau PH, yang ada UMNO mesti di martabatkan sebab tanpa UMNO, dirinya yang hina pun boleh menjadi orang.
Bagaimana pula jika pemimpin PKR yang menjadi sekutu Shafie dalam kerajaan Pakatan Harapan dan Warisan itu sendiri, mendedahkan kegagalan Shafie atau kerajaan negeri Warisan di dalam menunaikan agenda Sabah Ubah atau menuntut hak dalam perjanjian Malaysia 1963. Apa masih ada ruang untuk menafikannya atau membohong diri sendiri?
Menukar slogan perjuangan setiap kali pilihan raya sebenarnya sudah cukup membuktikan agenda hak hak Sabah hanyalah propaganda Warisan semata mata dan disasarkan untuk golongan flip flop. Golongan yang kecewa pada orang lain tapi orang lain pula yang dipersalahkan sebab itulah menjadi penyokong Warisan buta buta.
Semua pihak yang mempertikaikan ketelusan Warisan dalam memperjuangkan hak-hak Sabah dipertikaikan kesahihannya walaupun sebelum itu menjadi orang kepercayaan Shafie Apdal sepertimana Christina Liew ini.
Mula mula dulu Warisan kata Sabah Ubah tapi bila menghadapi pilihan raya negeri Sabah 2020 bertukar menjadi Sabah Unity. Hari ini dalam pilihan raya umum ke 15 sekali lagi bertukar menjadi Sabah Reset sedangkan sebelum ini Warisan adalah kerajaan Sabah yang meninggalkan banyak kegagalan, jadi mau reset kegagalan siapa?
Pemimpin PKR Christina Liew bekas ahli parlimen Tawau yang gagal memikul tanggungjawabnya. Orang Tawau kata hanya timbul bila pilihanraya, begitulah lucunya hubungan orang Tawau dan Christina Liew.
Kali ini muncul juga dalam hanya pilihan raya tapi kali ini untuk membuktikan pembohongan dan kegagalan Shafie Apdal.
Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas ketua menteri Shafie Apdal yang mendakwa pemimpin kerajaan PH menghalangnya dari menuntut hak hak Sabah atau cukai hasil minyak 40%.
Christina Liew menafikan dakwaan Shafie Apdal itu sebagai tidak berasas dan hanyalah propaganda untuk pilihanraya umum ke 15 ini.
Menurut lagi Christina, ini menunjukkan Shafie Apdal bukannya pemimpin yang bertanggungjawab dan tidak sepatutnya mencipta cerita untuk mengelirukan pengundi.
Sebaliknya diri Shafie lah yang tidak mampu menunaikan dan memperjuangkan hak-hak Sabah, walaupun ketika itu bersama kerajaan Pakatan Harapan.
Jadi sangat benarlah dakwaan bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang mendakwa kerajaan Warisan Shafie Apdal takut menuntut hak-hak Sabah atau 40% royalti minyak dari Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir. Rentetan itu dia menasihatkan kepimpinan Warisan agar jangan lagi berani mempolitikkan perjanjian Malaysia kalau tujuannya hanya untuk kepentingan politik Parti Warisan. Baca link dibawah…. Juga link seterusnya dimana calon Parlimen Penampang dari parti UPKO kenapa Shafie begitu takut pada Dr Mahathir.
Jangan pula tidak tahu Christina Liew adalah Timbalan Ketua Menteri kepada Shafie Apdal dalam kerajaan Warisan. Shafie juga banyak membantu dalam menyelesaikan skandal tanah di Lahad Datu yang dimanipulasi oleh Christina Liew. Pun begitu tetap saja dia menyatakan perkara yang benar walaupun Shafie banyak berjasa kepada dirinya, bahawa Shafie adalah pemimpin yang gagal menuntut elemen dalam perjanjian Malaysia 1963.