Warisan Kantoi Menipu Tidak Pernah Tuntut Cukai Petroleum

Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing mendakwa Shafie Apdal ketika menerajui Sabah tidak menuntut hak minyak dan gas daripada Putrajaya kerana takut pada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hal itu bertentangan dengan alasan yang dikemukakan oleh Shafie dan pengikutnya sebelum dan selepas pilihan raya negeri Sabah.

Terang James, kerajaan Sarawak pernah mengajak kerajaan Sabah agar turut sama memfailkan saman terhadap Petronas berhubung 5% cukai jualan produk petroleum tapi kerajaan Sabah enggan akibat takut pada Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir pada ketika itu.

Menyebabkan beliau mengkritik kepimpinan atau kerajaan Warisan agar berhenti dari berpura-pura sebagai Pejuang hak hak Sabah atau demi kepentingan kedua dua negeri.

Mana letak muka oh. Dakwaan itu menambah lagi keyakinan rakyat Sabah bahawa benar kebanyakan pemimpin dan pengikut Warisan dari kalangan orang orang yang tidak boleh diberikan kepercayaan yang benar atau tidak boleh dilayan sebagai orang yang ada akal budi.

Namun kritikan itu ditegur oleh Menteri Warisan sebagai James seorang budak yang nakal dan tidak berdisiplin.

Memang begitu hal yang benar pasti pahit untuk diterima.

Tidak semena-mena kekantoian kerajaan Warisan terus terdedah. Nanti admin jelaskan.

Dalam artikel sebelum ini admin sudah menjangkakan yang kerajaan negeri Warisan memang tidak berbuat apa apa berhubung cukai petroleum memandangkan tahun kerajaan Negeri Sarawak menuntut cukai petroleum adalah tahun yang sama Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah namun kerajaan negeri Sabah hanya sibuk berpolitik dan kononnya melancarkan beberapa projek mega yang sehingga hari ini satu batang tiang pun tidak kelihatan berbanding kerajaan Negeri Sarawak yang terus menuntut hak hak mereka.

Dibawa adalah artikel awal yang admin maksudkan, tahun 2018.

Sarawak Perkenal Cukai Produk Petroleum, Sabah?

Namun ia dinafikan secara tidak langsung oleh Presiden parti Warisan juga Ketua Menteri Shafie dan kuncu kuncunya kononnya mereka akan dan telah menuntut saman terhadap Petronas sekiranya cukai petroleum yang mereka kemukakan tidak dibayar. Maksudnya mereka telah mengemukakan tuntutan sepertimana Kerajaan Negeri Sarawak. Artikel ini dibawah ditulis pada 19 September 2020.

Shafie Ugut Saman Petronas Cukai Produk. Malulah Oiii!

Tetapi bila mana kerajaan negeri Sabah versi Perikatan Nasional menuntut cukai Petroleum seperti mana kerajaan negeri Sarawak maka pembohongan Warisan itu terpaksa didedahkan kepada umum. Bermaksud tidak wujud tuntutan sepertimana kenyataan Warisan ini kerana mereka tidak pernah mengemukakan sebarang permohonan yang berkaitan.

Selepas pilihan raya negeri Sabah admin menerima satu artikel pasal cukai Petroleum yang diutarakan oleh Adun daripada STAR. Seperti dibawah ini.

Shafie/Warisan Tidak Buat Apa Untuk Dapat Cukai Jualan 5%

Namun sekali lagi dinafikan oleh pengikut pengikut Shafie khususnya bekas Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang paling tidak kompeten dari semua segi, siapa lagi kalau bukan si Sharifuddin bahawa tuduhan admin adalah satu penipuan sebaliknya dia yang benar.

Berterima Kasih Kepada Shafie Kerana Cukai Petroleum

Tapi bagaimana juga rakyat Sabah berterima kasih kalau pada hakikatnya kerajaan negeri Warisan tidak pernah menuntut sebarang cukai Petroleum keatas Petronas. Ini membuktikan semua kenyataan Warisan termasuklah yang terbaru dari bekas pembantu Menteri Kewangan Sabah si Sharifuddin Hata ini adalah totally penafian dan penipuan semata-mata. Amat amat memalukan.

Hoi Sharifuddin tidak ada orang Sabah yang mahu ditipu. Jadi jangan kau marah bila mereka mencacimu sebab cukai Petroleum ini ada kaitannya dengan hak hak Sabah yang terkandung dalam perjanjian 20 perkara. Nampak benar kau ni Wakil Rakyat yang hanya merugikan rakyat Sabah.

Rupanya penipu. Betul betul tidak boleh pakai.

Mana sudah itu hari yang berlagak kononnya kenyataan si Sharifuddin itu adalah benar sebaliknya admin yang menipu. Lalu terkobar kobar mereka/dia mengajak untuk berdebat tapi admin tidak layan, sebab memang admin tahu itu hanyalah karangan dongeng yang tidak masuk akal.

Alasan si penghantar surat yang tersalah alamat. Label pemimpin Warisan.

2 comments

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: