Penjelasan saya dalam hal ini agak berbeza dengan Raja Petra tapi tetap berhubung isu yang sama.
Suka saya mengangkat penyataan Raja Petra sebab selama ini seolah-olah dianggap Tuhan oleh penyokong UMNO. 😂
Dalam erti kata UMNO Perlu kalah supaya Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Ismail Sabri.
Sebab itulah kalau kita perhatikan kenyataan dan tindakan Presiden UMNO agak luar biasa. Kenyataan yang keluar dari mulutnya seolah-olah Zahid Hamidi seorang manusia yang sangat bodoh kerana sangat sangat bertentangan dengan apa yang telah berlaku, wahal pada hakikatnya kenyataan itu disengajakan supaya masyarakat dan ahli-ahli naik marah dan tidak menyokong atau mengundi calon daripada UMNO atau BN.
Tidak mencalonkan beberapa pemimpin utama UMNO dalam pilihanraya ini, juga boleh dilihat sebagai cara Zahid menyakitkan hati ahli UMNO dan masyarakat agar tidak mengundi calon UMNO dan BN.
Ismail Sabri sudah diberi sokongan sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi gagal menyelamatkan Najib Razak dan menghentikan perbicaraan yang dihadapi oleh Zahid Hamidi serta kluster Mahkamah yang lain.
Oleh itu satu satunya orang yang dapat melanggar fitrah sekaligus menyelamatkan Zahid Hamidi dari hukuman penjara ialah Anwar Ibrahim,
Cuba kamu dengarkan penjelasan Raja Petra dibawah ia juga menyentuh skandal LCS.
Menurut lagi Raja Petra, maklumat terkini yang dia terima kini Perikatan Nasional sedang mendahului sebagai gabungan yang akan diundi oleh pengundi, disusuli Pakatan Harapan dan yang terakhir ialah Barisan Nasional (BN).