
Assalamualaikum ini kalilah GRS akan mendominasi politik Pantai Timur khasnya dan negeri Sabah secara keseluruhannya.
Itu yang saya katakan sebelum ini sebenarnya GRS mempunyai kekuatan tersendiri walaupun tanpa UMNO. Ini kerana rata rata pemimpin yang mengepalai GRS di kawasan masing-masing, memiliki pengaruh yang kuat dikalangan masyarakat atau kepimpinan mereka diterima oleh masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
Contohnya Adun Apas, Datuk Nizam Titingan pada pilihan raya umum yang lalu beliau bertanding atas tiket BN dan mendapat kemenangan. Pada pilihan raya negeri Sabah 2020 beliau sekali lagi bertanding tapi atas tiket Bersatu atau PN pun tetap mendapat kemenangan malah majoritinya bertambah. Begitu juga dengan Datuk Hajiji Noor, Datuk Arifin Arif, Datuk Masidi Manjun dan yang lain juga berjaya mengekalkan kemenangan malah majoriti mereka bertambah.
Yalah mahu bagaimana lagi mencari seorang pemimpin kalau yang sedia telah terbukti berjaya mengangkat martabat masyarakat di kawasan mereka. Jadi tambahkan kekuatan mereka, berikan sokongan padu dan ruang yang seluas luasnya jangan sibukkan mereka dengan hal politik semata mata.
Nampak tak?
Berbalik pada isu pokok hari ini di Sabah, seramai ribu ahli Warisan melibatkan enam cawangan di daerah Tawau bertindak keluar parti dan menyertai parti Bersatu atau GRS.
Borang keahlian mereka diserahkan melalui Ketua Penerangan WARISAN Tawau, Mohd Norfazly Hassan kepada Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.
Ketua Bahagian BERSATU Tawau, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata seramai enam ketua cawangan WARISAN Tawau mengambil keputusan meninggalkan parti lama mereka dan menyertai BERSATU.
“Kita telah menerima kira-kira 1,000 borang keahlian baharu yang terdiri ketua dan ahli daripada enam cawangan parti WARISAN Tawau.
“Mereka secara sukarela menyertai BERSATU Sabah dan tidak mengenakan sebarang syarat kerana menyedari kepimpinan kerajaan sekarang ikhlas membantu rakyat,” katanya.
Majlis kemasukan beramai-ramai diraikan dalam satu Majlis Makan Malam bersama Ketua Menteri merangkap Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah bersama pimpinan Bersatu Tawau dan Kalabakan.
Katanya, keputusan mereka menyertai BERSATU sangat tepat kerana parti ini jelas mempunyai hala tuju untuk membawa rakyat dan negeri Sabah ke arah lebih baik.
“Tindakan ini adalah satu yang positif supaya bersama-sama berjuang memperkuatkan kerajaan demi memastikan rakyat sentiasa terbela.
“Banyak kejayaan yang dicapai kerajaan Sabah sekarang ini berbanding semasa WARISAN memegang tampuk kepimpinan negeri,” katanya.
Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata pemimpin negeri yang ada sekarang adalah mereka yang banyak bekerja berbanding bercakap.
“Ketua Menteri kita kurang bercakap dan membuat berjanji manis, tetapi banyak bekerja serta terus mencipta kejayaan dalam pembangunan negeri.
“Kita lihat sekarang banyak kejayaan yang kerajaan negeri perolehi, malah banyak bantuan-bantuan yang diperkenalkan untuk rakyat.
“Justeru, rakyat di negeri ini harus menyokong kepimpinan kerajaan yang ada supaya lebih banyak pembangunan yang boleh dicapai pada masa akan datang,” katanya.
Terdahulu, BERSATU cawangan Tawau juga menerima sebanyak 150 keahlian bersekutu daripada masyarakat cina di daerah ini diketuai Lim Ting Khai.
Saya ucapkan beribu ribu tahniah dan syabas. Sabah Maju Jaya
Tinggalkan Jawapan