Peguam Najib Kamikaze Hingga Najib Di Penjara – Tommy Thomas

Benar sangat lah kenyataan atau sebenarnya tuduhan bekas Peguam Negara Tommy Thomas yang menggambarkan barisan peguam Najib Razak iaitu Shafee Abdullah dan terakhir Zaid Ibrahim sebagai peguam Kamikaze atau peguam bunuh diri.

Ini kerana semasa dalam perbicaraan SRC di Mahkamah, mereka tidak membuat hujahan bagi pihak Najib Razak. Sebaliknya hanya pandai mengemukakan alasan yang bertujuan untuk memanjangkan tempoh perbicaraan sehingga Najib didapati bersalah dan di penjarakan.

Barisan peguam Najib ingat panel Hakim yang menghakimi SRC, begitu bodoh atau lalai hingga tidak nampak bagaimana mereka memanipulasi perbicaraan.

Rentetan itu Zaid Ibrahim hanya mampu membalas balik kononnya Tommy Thomas lah sebenarnya peguam Kamikaze kerana tidak membenarkan mereka berhujah. Selain mendakwa kononnya tuntutan pewaris kesultanan Sulu ke atas Sabah akibat kelemahan Tommy Thomas selaku peguam negara pada waktu itu.

Kesiannya jawapan Zaid. Kedua jawapannya itu tidak konkrit padan Najib Razak meringkuk di penjara.

Pembohong betullah barisan peguam Najib Razak, tidak dibenarkan apa sedangkan kita tahu tempoh perbicaraan SRC memakan masa empat tahun untuk diadili.

Empat tahun gagal memenangkan satu kes Najib Razak di Mahkamah. Alamak!

Rasanya bukan hanya gagal berhujah tetapi tiada modal atau bukti yang boleh dijadikan hujah hingga mampu menutup transaksi aliran tunai yang masuk ke akaun Najib Razak. Kerna itu tidak ada jalan lain, terpaksa menggunakan taktik tangguh perbicaraan sehingga berada diambang pilihan raya umum ke 15.

One thought on “Peguam Najib Kamikaze Hingga Najib Di Penjara – Tommy Thomas

Add yours

  1. Proses perundangan telah selesai berdasarkan kepada hak yg ada di kedua2 pihak mengikut proses perundangan.
    Semua pihak perlu akur dan menghormati.
    Tak perlu dihujahkan lagi.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: