
Dahulu gelaran Profesor kangkung terhadap penganalisis politik menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia, bilamana hasil analisis berbeza dengan apa yang difikirkan dan dirasakan oleh rakyat Malaysia masa itu.
Hari ini hasil analisis yang hampir sama dan sikit lagi menjadi bahan ketawa rakyat Sabah.
Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah, Lee Kuok Tiung mengatakan di Sabah, Warisan lebih kuat berbanding Pakatan Harapan. Mungkin juga ada kebenarannya jika sekiranya analisis tidak mengambil kira kubu DAP yang berpusat di bandar bandar utama.
Di Semenanjung propaganda Pakatan Harapan kerajaan yang gagal menunaikan manifesto telah serba sedikit mengurangkan sokongan rakyat terhadap komponen Pakatan Harapan.
Keputusan pilihan raya negeri Melaka dan Johor boleh dijadikan asas, walaupun undi popular memihak Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan, selain faktor turun mengundi dibawah 46% terutamanya di PRN Johor.
Menurut lagi Lee Kuok Tiung PKR semakin lemah selepas pilihan raya umum ke-14 yang lalu dan Amanah pula tidak pernah benar benar bertapak di bumi Sabah.
“Pada masa ini, Warisan, GRS dan BN kelihatan sama kuat tetapi Warisan mempunyai kelebihan jika GRS dan BN gagal bekerjasama,” kata Lee kepada FMT.
“GRS dan BN tidak perlu tamak dalam rundingan kerusi kerana mereka tahu kekuatan dan kelemahan mereka. Paling penting, mereka tiada calon yang kuat untuk semua 25 kerusi. Oleh itu, lebih baik bagi mereka untuk bekerjasama.”
Dalam erti kata lain Warisan masih belum mampu menyaingi kekuatan GRS apa lagi jika kerjasama GRS dan BN benar benar terjalin menjelang pilihan raya umum ke 15. Maka waktu itu selamat tinggal lah parti Warisan.
Yang sebenar-benarnya GRS tanpa UMNO pun tetap memiliki kekuatan atau sokongan dari majoriti rakyat Sabah. Ini disebabkan sentimen rakyat Sabah terhadap parti UMNO yang telah terbuku sekian lama. Sebab itulah parti Warisan yang baru berumur setahun jagung pada pilihan raya umum 2018 mampu mendapat kemenangan atau mengalahkan ramai calon dari parti UMNO.
Keputusan pilihanraya negeri Sabah tahun 2020 menunjukkan kerusi DUN yang dimenangi oleh calon Perikatan Nasional atau GRS strategik bagi menentukan calon yang bertanding pada pilihan raya umum ke 15. Justeru supaya nampak real dan berfakta sepatutnya penganalisis itu bercakap dari kerangka ini. He!
Begitu juga faktor isu penyelewengan yang dapat mengurangkan undi atau swing votes sehingga 20% yang dilakukan sama ada Warisan atau UMNO ini sepatutnya diambil kira.
Jadi begitulah sedikit tentangan admin ke atas analisis.
Tinggalkan Jawapan