

Susunan laporan polis yang dibuat terhadap Rafizi Ramli oleh pegawai tugas-tugas khas Abdul Latiff Ahmad pada 30 Ogos 2022. Abdul Latiff telah didatangi pegawai polis pagi tadi untuk diambil keterangan.
Pegawai Khas Abdul Latiff Buat Laporan Polis Terhadap Rafizi
Justeru itu Abdul Latif yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Tugas Tugas Khas menegaskan bahawa Rafizi Ramli adalah seorang pembohong dan pemfitnah dan mentohmah beliau serta keluarga.
Hanya semata-mata untuk kepentingan politik ini adalah satu perbuatan keji yang dikutuk Allah Subhanahu Wa Ta’ala seperti mana dalam surah al-baqarah ayat 191 yang berbunyi dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan.
Sekali lagi Abdul Latif menegaskan bahawa sebagai anggota kabinet beliau akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Perkara ini timbul setelah Rafizi Ramli mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam projek membina kapal perang LCS milik TLDM.
Dimana Rafizi Ramli mendakwa perempuan yang bernama Zainab sebagai pemilik syarikat kluster yang membekalkan peralatan LCS, adalah isteri kepada Abdul Latiff Ahmad. Namun telah berulang kali dinafikan namun Rafizi masih mempertahankan tuduhannya.
Isteri atau Isteri-Isteri Saya Tiada Nama Zainab, Latiff Ahmad Bidas Dakwaan Rafizi
Lebih Banyak Inisiatif Pembangunan Belia Dan Sukan Untuk Sabah
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengalu-alukan komitmen Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan untuk membawa lebih banyak inisiatif pembangunan belia dan sukan ke Sabah. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, inisiatif Persekutuanitu akan melengkapkan usaha Kerajaan Negeri dalam membangunkan modal insan dan sukan di negeri ini. “Sukan juga merupakan platform penting untuk memupuk…
Perkasa Keselamatan Di ESS Zone Guna Teknologi Canggih
LAHAD DATU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menegaskan pengukuhan keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) akan terus dipacu dengan penggunaan teknologi canggih termasuk kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan kestabilan yang menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Beliau berkata, kerajaan negeri komited memperkukuh keupayaan keselamatan menerusi pemodenan aset, penggunaan teknologi…
Perancangan Menyeluruh Majukan Pelancongan, Ekonomi Biru Semporna
SEMPORNA: Perancangan menyeluruh, termasuk menambah fasiliti sedia ada perlu dilaksanakan bagi menjadikan Semporna sebagai daerah pelancongan yang hebat, selain mengembangkan potensinya dalam sektor ekonomi biru. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata daerah ini cukup istimewa kerana memiliki destinasi tumpuan yang terkenal di seluruh dunia, khususnya Pulau Sipadan, selain pulau lain yang…






















Leave a Reply