
Mula sekali, selama ini bila peraturan baharu diperkenalkan oleh pemerintah dan memberi kesan pada pengusaha bumiputera. Tidak tu pengusaha Cina, Winston Liaw tampil seperti ini mengkritik kebijaksanaan pemerintah, sebaliknya sekarang, sejak sejak Cina Warisan mendapat beberapa kerusi DUN. Tapi tampak hanya dimanfaatkan untuk kepentingan puaknya.
Siapa sebenarnya Winston Liaw? Aku tidak berminat membicarakan kerjayanya. Yang menjadi persoalan ialah penggunaan gelaran “Datuk Seri”. Setakat semakan aku, aku belum menemukan pengesahan tentang pihak yang menganugerahkan gelaran tersebut. Jadi, dia wajar menjelaskan, tahun penerimaan dan pihak yang mengurniakannya. Gelaran yang digunakan di ruang awam, menjadi kesalahan besar jika palsu dan boleh di dakwa Akta 787.
Ironinya, isu yang dibangkitkan Winston Liaw ini sudah dijelaskan oleh kerajaan negeri, termasuk kadar mengikut kelas hotel dan pengecualian fi bagi bilik yang tidak dihuni. Mengulang bantahan tanpa menjawab penjelasan tersebut boleh memberikan gambaran yang mengelirukan terhadap kerajaan negeri. Perkara yang dipersoalkannya aku jawab di bawah, supaya pembaca dapat menilai berdasarkan fakta.
Isu pokok dalam pertikaian ini ialah kewajaran kadar fi lesen hotel DBKK serta kesannya terhadap pengusaha dan perkhidmatan bandar raya. Adakah kadar mengikut kelas hotel dan penghunian itu seimbang dengan kemampuan operasi, khususnya hotel kecil dan sederhana? Jika pengurangan dimohon, berapakah kadar alternatif yang dicadangkan dan bagaimana kesannya terhadap hasil DBKK? Persoalan inilah yang perlu dijawab dengan angka dan bukti supaya kepentingan pengusaha, penduduk serta pelancong dapat dipertimbangkan secara adil.
Kerajaan menghargai sumbangan pengusaha hotel kepada peluang pekerjaan, ekonomi tempatan dan industri pelancongan Kota Kinabalu. Kebimbangan pengusaha hotel mengenai peningkatan kos operasi wajar didengar dan diteliti.
Namun, orang ramai yang berhak menerima layanan baik dari pengusaha hotel juga berhak menilai pelaksanaan fi lesen hotel oleh DBKK agar rakyat juga merasa kebaikan hasil keuntungan pengusaha hotel. Faham kamu!
Pertama, pelaksanaan yang dijelaskan DBKK pada Januari 2025 merupakan penguatkuasaan semula kadar di bawah Undang-undang Kecil Hotel dan Rumah Lojing 1966. Oleh itu, menyifatkannya sebagai peraturan baharu adalah tidak tepat sama sekali.
Kedua, struktur tersebut sudah membezakan kadar mengikut kelas hotel dan mengambil kira penghunian. Berdasarkan penjelasan kerajaan di Dewan Undangan Negeri pada April 2025, kadar bagi setiap bilik yang dihuni ialah RM4.65 sehari untuk Kelas Satu, RM2.65 untuk Kelas Dua dan RM1.30 untuk Kelas Tiga. Bilik yang tidak dihuni tidak dikenakan fi.
Ketiga, menurut kenyataan DBKK, dua sesi libat urus bersama industri telah diadakan pada 1 dan 29 Oktober 2024. Maka, perbincangan seterusnya perlu menilai perkara yang masih belum diselesaikan serta keberkesanan rundingan tersebut.
Pengusaha hotel memerlukan bandar yang bersih, terurus dan menarik kepada pengunjung. Penyampaian perkhidmatan bandar pula memerlukan pembiayaan. Dalam penjelasannya, DBKK menyatakan hasil fi ini digunakan untuk menampung perkhidmatan di sekitar bandar raya.
Permohonan pengurangan kadar sewajarnya disertakan perbandingan bil sebelum dan selepas pelaksanaan, kadar penghunian, hasil bilik serta kesannya terhadap kos operasi. Maklumat ini membolehkan bantuan kepada hotel kecil dan sederhana dinilai dengan lebih tepat termasuk kadar DBKK berkenaan.
Winston Liaw yang membawa tuntutan ini juga wajar mengemukakan kadar alternatif dan menjelaskan bagaimana kekurangan hasil DBKK boleh ditampung tanpa menjejaskan perkhidmatan bandar.
Pendirian kerajaan jelas kebajikan pengusaha perlu dipertimbangkan bersama kepentingan penduduk dan keperluan penyelenggaraan bandar raya. Sebarang pengekalan atau semakan kadar mesti berasaskan data, kesan sebenar dan manfaat kepada seluruh Kota Kinabalu.





















Leave a Reply