
Laporan Polis telah pun dibuat ke atas Rafizi Ramli oleh Pegawai khas kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Latiff Ahmad susulan fitnah Rafizi berkaitan hubungan dengan seorang wanita dan projek kapal tempur Pesisir (LCS).
Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi itu mendakwa Rafizi telah melakukan fitnah di bawah Seksyen 499 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 503 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Rafizi Ramli menulis artikel sebelum ini mendakwa Zainab Mohd Salleh adalah isteri Abdul Latif dan merupakan pemilik syarikat kluster dalam pembelian peralatan LCS.
Tuduhan Rafizi Ramli itu telah pun disangkal oleh Menteri Abdul Latiff Ahmad sebelum ini baik soal hubungan dengan Zainab Mohd Salleh yang didakwa isterinya mahupun dalam pembelian peralatan LCS yang didakwa milik mereka.
Namun Rafizi Ramli masih tidak berpuas hati dan terus menyebarkan artikel yang berbau fitnah sehingga mencabar Abdul Latiff agar membuat laporan polis atau pun memfailkan saman.
Oleh itu semalam pegawai khas Abdul Latiff telah membuat laporan polis berhubung semua kenyataan fitnah Rafizi Ramli terhadap tuannya.
Rafizi Ramli ni pun satu hal lah adakah patut hubungan suami isteri, kalau pun benar dijadikan modal politik. Kalau pun benar apa masalahnya.
Soal kewujudan Syarikat yang yang didakwa milik Zainab Mohd Salleh, ia adalah hal yang berasingan dan belum tentu boleh dianggap sebagai satu kesalahan. Siapa tahu syarikat itu wujud sebelum mereka ada hubungan seperti yang didakwa oleh Rafizi dalam artikelnya.