Isteri atau Isteri-Isteri Saya Tiada Nama Zainab, Latiff Ahmad Bidas Dakwaan Rafizi

Jadi benarlah kali ini Rafizi tersalah sasaran atau sebenarnya kantoi!

Ibarat, itu menyebabkan kredibiliti Rafizi hilang sehingga 50 mata. Banyak mata tu bro, jangan main main. Sekali lagi Rafizi tersalah membuat tuduhan atau dakwaan terhadap mana-mana individu atau pemimpin, nah nyawa nyawa ikan sudah kau bro.

Nanti macam si Lokman Adam kurang sangat sudah rakyat yang mempercayainya, akibat hampir tidak pernah sekalipun kenyataannya terbukti benar, sehinggalah Najib di penjarakan.

Bilamana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tugas Tugas Khas Abd Latiff Ahmad terus bertegas kalau isteri atau isteri isterinya bukan bernama Zainab Salleh. Perempuan isteri yang dikaitkan oleh Rafizi dalam kesesatan projek kapal tempur pesisir (LCS).

Malah Abd Latiff yang juga Ahli Parlimen Mersing menegaskan keluarganya tidak terlibat dalam perniagaan membabitkan pembinaan kapal LCS.

Alamak! Rafizi oiii.


PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Abd Latiff Ahmad sekali lagi menafikan isterinya bernama Zainab Salleh, individu yang dikaitkan dalam siasatan projek kapal tempur pesisir (LCS).

Abd Latiff Ahmad menegaskan tiada ahli keluarganya yang terlibat dalam perniagaan membabitkan pembekalan atau pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).© Provided by Free Malaysia Today

“Isteri atau isteri-isteri saya tiada yang bernama Zainab binti Salleh,” tegasnya di Facebook.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Mersing berkata tiada ahli keluarganya yang terlibat dalam perniagaan membabitkan pembekalan atau pembinaan kapal LCS itu.

“Sebagai wakil rakyat dari kawasan Laut dan Pulau (Mersing)…saya suka makan ikan…tapi bukan ikan jerung,” katanya dipercayai merujuk gelaran Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli kepadanya ketika siri pendedahan skandal LCS itu.

Penafian Latiff itu dipercayai sebagai membidas tuduhan berterusan Rafizi yang mendakwa bekas timbalan menteri pertahanan itu mempunyai kaitan dalam skandal LCS.

Pada Isnin lalu, Latiff menafikan wanita yang dikaitkan dalam siasatan projek LCS adalah isterinya malah bersedia memberikan kerjasama penuh dengan siasatan pihak berkuasa terhadap isu itu.

Ia susulan kenyataan Rafizi mendakwa syarikat palsu yang menjadi syarikat pembekal alat ganti kepada projek pembinaan LCS adalah milik keluarga Latiff.

Rafizi mendakwa, beberapa bukti penglibatan Latiff melalui Zainab, iaitu individu dipercayai isterinya dan syarikat, Alizes Marine Limited boleh dilihat melalui laporan forensik projek LCS yang dinyahwarta pada Isnin.

Katanya, menerusi laporan audit tersebut, syarikat pembekal itu dimiliki Zainab, yang merupakan isteri kepada Latiff.

Beliau juga mendakwa siasatan dalaman LCS juga mengesahkan dua syarikat palsu menggunakan nama Alizes Marine sudah didaftarkan dengan nama Alizes Marine Limited berdaftar di Malta dan sebuah lagi syarikat, Alizes Marine Labuan didaftarkan di Labuan.

Latiff keluar Umno selepas pilihan raya umum 2018 dan menyertai Bersatu

Sumber MSN

One thought on “Isteri atau Isteri-Isteri Saya Tiada Nama Zainab, Latiff Ahmad Bidas Dakwaan Rafizi

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: