Program Jelajah GRS Parlimen Tawau Pada 6 September Depan

 Nizam (tiga kanan) bersama pemimpin dan wakil parti komponen GRS Parlimen Tawau.
MESYUARAT: Nizam (tiga kanan) bersama pemimpin dan wakil parti komponen GRS Parlimen Tawau.

TAWAU: Program Jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) peringkat Parlimen Tawau akan diadakan pada 6 September depan dan dihadiri oleh pengerusinya Datuk Seri Panglima, Hajiji Haji Noor.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tawau, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata semua pimpinan komponen GRS Parlimen Tawau sudah membentuk jawatankuasa program itu dalam satu mesyuarat tadi.

“Saya telah diamanahkan oleh kepimpinan GRS untuk mengatur dan menyelaras satu mesyuarat bagi menjayakan program jelajah itu nanti.

“Semua pemimpin dan wakil daripada BERSATU, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) terlibat membentuk jawatankuasa program tersebut,” katanya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah, berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut, di sini hari ini.

Nizam berharap semua ahli daripada komponen GRS dapat hadir beramai-ramai untuk mendengar amanat dan ucaptama yang akan disampaikan oleh semua pemimpin GRS termasuk Ketua Menteri Sabah.

“Kita menjangkakan kehadiran dalam program itu seramai 5,000 orang dan ia diharapkan mendapat sambutan menggalakkan daripada semua ahli parti komponen GRS,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, setakat ini, belum ada perbincangan mengenai calon kerusi parlimen Tawau yang akan dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Semua parti komponen sepakat, bahawa sesiapa sahaja yang dipilih untuk mewakili GRS pada PRU-15 nanti, kita akan pastikan kemenangan berpihak kepada calon GRS.

“Hubungan dengan Barisan Nasional (BN) pula, di peringkat negeri tiada masalah dan masih bekerjasama untuk menjayakan hala tuju kerajaan negeri,” katanya.

Sumber Utusan Borneo

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: