Polis, SKMM Jalin Kerjasama Kesan Individu Ancam Ketua Hakim Negara

TENGKU MAIMUN TUAN MAT

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)mengesan individu yang mengeluarkan kenyataan berbentuk ancaman dan ugutan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan Bukit Aman dalam masa terdekat.

“Sedang bergading bahu dengan SKMM dan lain-lain agensi,” katanya ringkas.

ACRYL SANI ABDULLAH SANI

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan akan menjalankan siasatan berhubung sebarang elemen ancaman dan ugutan terhadap Tun Tengku Maimun.

Acryl Sani memaklumkan, JSJ akan mengesan sebarang elemen ancaman dan ugutan terhadap Tengku Maimun di dalam pelbagai medium laman sosial, termasuk aplikasi Twitter dan Facebook sejak tengah malam tadi.

“Perkara itu adalah satu isu yang serius dan siasatan terhadap kes ancaman berkenaan sedang dilaksanakan walaupun tiada sebarang laporan polis dibuat.

“Saya sudah mengarahkan JSJ Bukit Aman memulakan siasatan dengan meneliti segala ancaman serta ugutan terhadap Ketua Hakim Negara dan siasatan sama turut membabitkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).

“Sudah semestinya PDRM tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perkara membabitkan isu keselamatan dan ketenteraman awam yang boleh mengganggu-gugat keamanan,” katanya ringkas. – UTUSAN

Sumber Utusan

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: