Memang GRS Menyokong RUU Lompat Parti, Warisan Buta Kah?

Soalan Warisan tu bha, nampak sangat memang mereka golongan separa masak, kurang atau tidak ada semangat nasionalisme, oportunis terdesak dan paling ketara kuat sangat berpolitik hingga nampak sangat mengada-ngada.

Pada mereka sikap nasionalisme adalah parti Warisan itu sendiri sebab itulah mereka tidak mampu meletakan konteks perjanjian Malaysia 1963 dengan sebaiknya.

Pihak Warisan yang mencetuskan polemik isu tapi mereka juga yang menjawabnya. Yang lucunya boleh pula pendirian musuh Warisan seperti PBS dan STAR mereka kutip dan dijadikan asas dalam hujah atau tulisan mereka, seolah-olah akhirnya musuh akan bekerjasama dengan Warisan. 😂

Akibat sikap negatif tidak hairanlah kenapa Warisan hanya mampu bertahan dua tahun setengah sebagai kerajaan negeri bila mana rakyat Sabah menumbangkan kepimpinan Warisan melalui pilihan raya negeri 2020.

Mereka sengaja bertanya adakah kononnya Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor mengikut rentak kerajaan persekutuan membuat pindaan RUU (3)2022 bagi membenteras amalan lompat parti?

Ini kerana kononnya hanya Datuk Masidi Manjun yang mengeluarkan kenyataan bersetuju dengan Pindaan RUU Anti Lompat Parti dibawa ke Dewan Undangan Negeri untuk diluluskan.

Pada Warisan itu bertentangan dengan pendirian Presiden Warisan Shafie yang menyokong penuh pindaan RUU Anti Lompat Parti.

Bongok kan! begitulah Warisan.

Memang kepimpinan Warisan terkenal bongok. Tidak berfikir panjang khususnya dari konteks Sabah yang masih memperjuangkan perjanjian Malaysia 1963. Inilah yang admin maksudkan mereka tidak mampu meletakkan konteks perjanjian Malaysia 1963 dengan baik.

Datuk Masidi Manjun adalah Setiausaha Agung GRS manakala Datuk Hajiji Noor adalah Pengerusi atau Ketua GRS. Itu bererti setiap kenyataan politik Datuk Masidi Manjun itu merupakan juga kenyataan rasmi Datuk Hajiji Noor.

Memang begitu pun tanggungjawab seorang Setiausaha Agung parti. Mengeluarkan kenyataan bagi pihak parti atau gabungan parti. Peliknya lalu kenapa pula Warisan mencari kenyataan Datuk Hajiji Noor.

Itu yang admin sering tegaskan Warisan ini adalah kepimpinan yang mengada ngada.

Perlu di maklumi sebelum ini Setiausaha Agung GRS Datuk Masidi Manjun berkata bahawa berharap akta terbabit sedikit sebanyak bakal memastikan kestabilan dalam kerajaan terutamanya negeri ini yang sering menyaksikan wakil rakyat bertukar parti. Oleh itu tidak ada bantahan bagi kerajaan negeri GRS untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) berkaitan akta ini.

Namun menurut Datuk Masidi atau kerajaan GRS perlaksanaan RUU ini perlu dibincangkan terlebih dahulu di peringkat negeri supaya tidak bercanggah. Kalau kerajaan GPS Sarawak melihat RUU ini dari konteks perjanjian Malaysia 1963, nah begitu juga dengan kerajaan GRS Sabah akan juga melihatnya dari sudut ini. Baca link di bawah :-

Memang pun ramai yang berpendapat RUU Anti Lompat Parti yang digembleng oleh UMNO ibarat perancangan yang berniat jahat atau ibarat perjanjian syaitan hanya menguntungkan sebelah pihak.
Ironinya perkara yang dikaitkan dengan syaitan tidak akan membawa kebaikan pada orang lain.

RUU Anti Lompat Parti tampak berniat jahat. Ambil contoh, sesiapa yang terlanjur menyokong UMNO akan terikat dan tidak boleh menentang keputusan kerajaan UMNO waktu itu.
Katakanlah kepimpinan atau kerajaan UMNO waktu itu mengabaikan perjanjian Malaysia 1963, seperti cadangan Timbalan Presiden UMNO Mohammad Hasan yang menidakkan keberadaan perjanjian Malaysia 1963 dan mencadangkan idea baru agar mudah direalisasikan.
Permainan politik UMNO pusat tidak hanya berkaitan dengan Perjanjian 1963 tapi juga dari segi lain seperti birokrasi dan peruntukan tahunan yang merugikan Sabah.
Setakat bersuara dalam mesyuarat tidak akan mengubah keadaan. Kalau pun bertindak agresif maka anda akan dipecat seperti Tan Sri Muhyiddin setelah mengkritik 1MDB.
Apa yang boleh dilakukan oleh ahli Parlimen UMNO Sabah waktu itu?
Ingat, tidak boleh bertindak keluar parti dan menjadi ahli Bebas, sebagai tanda protes?
Mahu tidak mahu terpaksa akur lah, betul tak!
Itulah antara lain kenapa ramai yang berpendapat RUU Anti Lompat Parti itu hampir sama dengan perjanjian syaitan.

Warisan mempolitiklah RUU Anti Lompat Parti seolah olah benar mereka adalah mangsa wakil rakyat melompat parti. Lucu kan, walhal merekalah sebenarnya Katak pemangsa.

Hakikatnya keputusan pilihan raya umum 2018 memihak BN, apa bila BN mendapat majoriti mudah, 31 kerusi di campur dengan 2 kerusi dari STAR. Oleh itu Datuk Musa Aman layak mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan TYT Sabah Tun Juhar.

Namun dua hari kemudian Presiden Warisan Shafie mendakwa telah mendapat sokongan daripada DAP, PKR dan beberapa Yb BN yang melompat. Dia pun pergi ke Istana mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Warisan. Jadi siapa yang sepatutnya sibuk bercakap pasal RUU Anti Lompat Parti ni?

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: