Maklum Dan Bincang Sebelum Hantar Anggota Polis Bermasalah Ke Sabah

Ini bukan lagi pandangan tapi ketegasan dari pemimpin nombor satu negeri Sabah yang wajib diberikan perhatian demi kebaikan bukan hanya rakyat Sabah tapi rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Bahawa sepatutnya pihak Polis memaklumkan dan berbincang dengan kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk memindahkan anggota mereka yang bersalah ke Sabah.


Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata kerajaannya memandang serius tindakan penghantaran anggota polis ‘bermasalah’ ke negeri itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata polis sepatutnya memaklumkan dan berbincang terlebih dahulu sebelum memindahkan anggotanya yang “bermasalah” ke negeri itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius tindakan polis memindahkan sembilan anggota berkenaan selepas dipercayai terbabit kes peras ugut.

Katanya, tindakan menghantar anggota terbabit bukan sahaja ke Sabah malah Sarawak dibuat tanpa mendapat pandangan kerajaan negeri terlebih dulu.

Menurutnya, polis sepatutnya memaklumkan dan berbincang dengannnya sebagai pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri sebelum tindakan itu dilaksanakan.

“Saya memandang serius perkara ini walaupun tindakan itu mungkin sebagai satu prosedur atau tindakan disiplin yang diambil jabatan berkenaan terhadap anggota mereka,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi, dilaporkan berkata sembilan anggota yang disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, mengenai pemilikan dadah, baru-baru ini, telah ditempatkan bertugas di Sabah dan Sarawak.

Dilaporkan, anggota berpangkat konstabel hingga sub inspektor itu daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, ditahan pada Jumaat.

Siasatan terhadap mereka masih berjalan.

Semalam, Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis berang dengan tindakan polis menukar anggota terbabit ke negeri berkenaan.

Katanya, kedua-dua negeri berkenaan “bukan tong sampah” untuk menerima pegawai bermasalah.

“Tolonglah kerajaan persekutuan, Sabah dan Sarawak bukannya tong sampah.

“Sudahlah kami tertinggal dari segi infrastruktur, takkanlah dari segi perkhidmatan pun kamu kasi kami orang yang bermasalah,” katanya.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: