Sarawak Setuju RUU Lompat Parti Tapi Perlu Dibincangkan

Pemimpin tertinggi GPS Sarawak perlu berbincang di dewan sidang DUN sebelum bersetuju dengan rang undang undang RUU Anti Lompat Parti.

Timbalan Menteri di Pejabat Premier (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata secara prinsip beliau menyokong larangan melompat parti itu diguna pakai di Sarawak serta Dewan Undangan Negeri itu.

Namun jelasnya satu kajian terperinci perlu dilaksanakan mengenai peruntukan itu supaya bersesuaian dengan undang-undang negeri sedia ada.

“Jika pemimpin kita telah buat keputusan muktamad dalam segala aspek pindaan yang diperlukan kita boleh bawa perkara ini ke DUN.

“Mungkin (boleh dibentangkan) dalam persidangan DUN yang bakal diadakan pada November nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Jumaat.

Abdullah berkata walau apa pun tindakan susulan yang bakal diambil Sarawak dalam isu lompat parti itu nanti, kerajaan negeri akan memastikan setiap kepentingan dan hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dilindungi.


Memang pun ramai yang berpendapat RUU Anti Lompat Parti yang digembleng oleh UMNO ibarat perancangan yang berniat jahat atau ibarat perjanjian syaitan hanya menguntungkan sebelah pihak.

Ironinya perkara yang dikaitkan dengan syaitan tidak akan membawa kebaikan pada orang lain.

RUU Anti Lompat Parti tampak berniat jahat. Ambil contoh, sesiapa yang terlanjur menyokong UMNO akan terikat dan tidak boleh menentang keputusan kerajaan UMNO waktu itu.

Katakanlah kepimpinan atau kerajaan UMNO waktu itu mengabaikan perjanjian Malaysia 1963, seperti cadangan Timbalan Presiden UMNO Mohammad Hasan yang menidakkan keberadaan perjanjian Malaysia 1963 dan mencadangkan idea baru agar mudah direalisasikan.

Permainan politik UMNO pusat tidak hanya berkaitan dengan Perjanjian 1963 tapi juga dari segi lain seperti birokrasi dan peruntukan tahunan yang merugikan Sabah.

Setakat bersuara dalam mesyuarat tidak akan mengubah keadaan. Kalau pun bertindak agresif maka anda akan dipecat seperti Tan Sri Muhyiddin setelah mengkritik 1MDB.

Apa yang boleh dilakukan oleh ahli Parlimen UMNO Sabah waktu itu?

Ingat, tidak boleh bertindak keluar parti dan menjadi ahli Bebas, sebagai tanda protes?

Mahu tidak mahu terpaksa akur lah, betul tak!

Itulah antara lain kenapa ramai yang berpendapat RUU Anti Lompat Parti itu hampir sama dengan perjanjian syaitan.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: