Nazri Dan Annuar Kamu Tahu Apa Pasal Orang Yang Terdesak Seperti Najib Dan Zahid

Ahli politik yang menggesa PRU diadakan di saat negara berdepan inflasi bersikap pentingkan diri sendiri dan tidak memikirkan rakyat.

Nazri turut menyokong sepenuhnya kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri bahawa dia akan menunggu “masa yang sesuai” untuk membubarkan Parlimen.

Begitu kenyataan dari sumber berita.

Perdana Menteri Ismail ni pun satu hal, macam dia lupa kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang tidak memungkinkannya untuk bercakap soal bila pilihan raya umum akan diadakan, apa lagi tidak konsisten sekejap akan difikirkan, sekejap lagi akan diadakan dalam tempoh yang terdekat. (lebih kurang begitulah)

Kalau begitu caranya mentadbir negara macam mana pelabur luar yakin untuk melabur di Malaysia. Sudah tentulah mereka was was, kerna mereka tahu polisi pentadbiran kerajaan Malaysia bergantung pada parti apa yang memerintah semasa itu.

Pelabur tidak akan melabur kalau kalau UMNO yang terkenal korup diluar negara balik memerintah Malaysia.


Begitu dengan Annuar Musa juga tidak bersetuju dengan sebarang desakan atau cadangan untuk mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh yang terdekat ini. Annuar berpendapat sesiapa dikalangan pemimpin UMNO itu sendiri yang mendesak pilihan raya umum maka mereka adalah pengecut.

Nazri dan Najib kamu berdua tahu apa pasal perasaan orang yang tinggal menunggu hari untuk dipenjarakan akibat salah laku mencuri wang rakyat melalui skandal 1MDB dan Yayasan Akal Budi.

Makan tak kenyang, mandi tak basah kok itu oiiii!

Orang yang bercakap di page Najib Razak dan Zahid tu, bukan mereka pun tapi orang lain yang diarahkan untuk bercakap seolah olah tidak apa yang berlaku dan mereka tidak bersalah sikit pun. Hipokrat nak mampus kok itu.

Cara apa lagi yang boleh menyelamatkan diri mereka selain mengadakan pilihan raya, itupun kalau menang. Kalau pun sebaliknya, waktu itu mereka berada di penjara manakala penyokong UMNO lain terpaksa menjadi pembangkang sampai bila bila.

Najib dan Zahid mereka peduli apa, dalam otak mereka sekarang bukan soal negara, apa lebih penting adalah soal keselamatan mereka.

Pada Nazri dan Annuar memang kamu berterus terang tapi akibat takut akan berhadapan dengan kekalaah.

Kamu tahu kekuatan UMNO tidak lagi sebelum UMNO tumbang, rentetan itu pasti akan memberikan kesan yang berkekalan pada UMNO. Sabitan bersalah yang ditanggung oleh Najib dan keputusan hakim meminta Zahid membela diri adalah satu lagi faktor besar kenapa pemimpin-pemimpin UMNO wajar ada perasaan akan kalah.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: