Rahman Dahlan Pernah Cuba Jual Hak Sabah Kepada Federal


Masih ingat lagi tak kenyataan Rahman Dahlan rentetan syor Ketua PPBM Sabah, Datuk Hajiji Noor yang mencadangkan pada Persekutuan agar JPPS diwujudkan semula di negeri Sabah memandangkan Parti Warisan selaku kerajaan negeri telah bertukar status menjadi pembangkang di peringkat Persekutuan.

Tetapi ditentang oleh Rahman Dahlan menerusi  akaun Facebooknya yang menyifatkan cadangan Datuk Hajiji Noor itu sebagai akan menggagalkan usaha memberikan kebebasan atau autonomi kepada negeri Sabah.

Dalam erti kata lain Rahman Dahlan membayangkan sekiranya JPPS diperkenalkan semula maka samalah ertinya hak hak Sabah diberikan kepada Federal. Bayangan yang tidak ada rasa hormat dan tidak bertanggungjawab langsung terhadap rakan sekutu.

Kalau kita baca sekali imbas nampak seolah-olah benarlah Rahman Dahlan itu seorang pemimpin berjiwa autonomi dan tidak pernah berkhidmat sebagai menteri di persekutuan. Begitu kuat semangat autonomousnya tapi benarkah begitu?

Sebelum Rahman Dahlan tumbang di PRU yang lepas dia ni seorang Menteri yang memegang portfolio Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kamu tahu apa yang dia cuba lakukan keatas hak hak Sabah atau kerajaan negeri Sabah pada masa itu melalui Kementerian yang diketuainya?

Rahman Dahlan selaku Menteri KPKT pada masa itu telah mencadangkan kepada kerajaan Negeri atau Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mengambil alih kuasa PBT atau kuasa kerajaan tempatan Sabah yang telah termaktub dalam perlembagaan negeri dengan memperkenalkan satu akta baharu yang dia bawa daripada Federal dipanggil Akta 674.

Akta 674 ini akan menindih kuasa PBT dan seandainya berjaya segala kerja kerja kontrak termasuklah kerja memungut sampah akan berada dibawah kuasa KPKT.

Nasib baiklah Kementerian Kerajaan Tempatan Sabah yang diketuai oleh Datuk Hajiji Noor pada masa itu bertindak pantas. Segera membawa cadangan itu ke mesyuarat kabinet bagi membincangkannya dengan lebih lanjut.

Pelbagai hujah atau pendapat yang diutarakan bagi menilai cadangan Rahman Dahlan berkenaan. Termasuklah hujah daripada Peguam Besar Sabah pada ketika itu Datuk Zaleha yang turut menolak kemasukan Akta 674.

Akhirnya kabinet sebulat suara menolak secara total cadangan Rahman Dahlan atau Akta 674.

Apa yang kita boleh simpulkan dari sinopsis ini. Ternyata Rahman Dahlan adalah seorang pemimpin yang cukup licik tampak budiman menjaga hak hak Sabah.

Tapi rupanya dia yang beria-ria cuba menjual hak hak Sabah kepada Persekutuan dengan cara yang halus. Nasib baiklah pada ketika itu ada Datuk Hajiji Noor yang berjaya menghidu kelicikannya. Nah kalau tidak seakan akan Sabah ini seperti Labuan sebuah Wilayah Persekutuan tanpa masyarakat umum Sabah sedari.

Selepas ini masih relevankah hak-hak Sabah dikaitkan dengan politik Rahman Dahlan selaku pemimpin UMNO Sabah? Cuba berdiri sebagai seorang autonomous tapi rupanya pernah cuba menjual hak hak Sabah dari pintu belakang.


Begitu juga dengan Presiden Warisan, Shafie semasa mengetuai KKLW.

Disebabkan Shafie pada waktu itu tidak sehaluan dengan Ketua Menteri Sabah Musa Aman. Shafie telah mewujudkan cawangan KKLW di Sabah yang dikenali sebagai KPLB, melalui KPLB lah Shafie menyalurkan projek persekutuan ke negeri Sabah tanpa pengetahuan kerajaan negeri dan sehingga hari ini KPLB masih beroperasi yang diketuai oleh seorang pengarah.

Maksudnya Presiden Parti Warisan tidak boleh sewenang-wenangnya membuat kenyataan yang bertentangan dengan matlamat pengwujudan semula JPPS hanya kerana malu atau rasa bersalah selepas apa yang dia lakukan melalui KPLB.

Shafie sebelum ini juga memberikan alasan yang sama seperti mana alasan hipokrasi Rahman Dahlan diatas.

Cukuplah kamu mempolitikkan perjanjian 1963 memandangkan sehingga hari ini parti Warisan belum mampu mengubah kehidupan majoriti masyarakat Sabah. 

Pada pemimpin UMNO, Rahman Dahlan janganlah terlalu bermain dengan politik tu. Lebih baik kamu selaku pemimpin UMNO turut bangkit bersama atau menyokong PPBM Sabah demi memartabatkan masyarakat Sabah melalui kerajaan Perikatan Nasional.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.