Lain macam perjalanan hidup mantan Perdana Menteri ini sejak sejak dibicarakan di Mahkamah kerana tamaknya. Najib sanggup melakukan apa pun cara asalkan tidak menjadi penghuni Sungai Buloh.
Pergi saja Najib oiii. Contohi lah semangat juang masyarakat marhaen walaupun kesalahan yang mereka lakukan setakat mencuri seratus dua akibat himpitan hidup, justeru berani bertanggungjawab, hari ini di dapati bersalah oleh Mahkamah hari itu juga hukuman dijalaninya.
Sekurang kurangnya dapat juga mengurangkan dosa atas jenayah yang mereka lakukan.
Tapi kau Najib apa cerita, darah pahlawan apa kau tu. Kalau di dunia ini kau tidak menjalani hukuman, esok di akhirat hukuman yang kau terima akan berganda.
Hari ini Najib mengemukakan permohonan untuk mengguna pakai khidmat peguam dari luar negara iaitu Diraja United Kingdom bagi mewakilinya dalam proses rayuan terakhir atas sabitan bersalah dalam kes SRC.

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhasrat mengambil khidmat peguam kanan (QC) dari United Kingdom, Jonathan Laidlaw untuk mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Laidlaw hari ini memfailkan permohonan supaya diterima masuk dan didaftarkan sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya. Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan berkenaan.
Antara alasan dikemukakan Muhammad Shafee ialah peguam itu mempunyai kelayakan khas, pengalaman dan kepakaran yang tidak boleh didapati dalam kalangan peguam bela dan peguam cara di negara ini.
“Rayuan terakhir kes SRC International membabitkan isu yang serius, kompleks dan novel iaitu cabang undang-undang jenayah dan sivil, amalan dan keterangan, hak perlembagaan, cara pendakwaan dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya, penghakiman kes mahkamah jenayah oleh mahkamah perbicaraan dan pentadbiran sistem Keadilan Jenayah.
“Pemohon (Laidlaw) adalah berkelayakan untuk diterima masuk bagi menjalankan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya seperti diperuntukkan di bawah seksyen 18(1) Akta Profesion Undang-Undang 1976 untuk menjadi peguam utama bagi pihak perayu (Najib) dan apa-apa kausa,” kata Muhammad Shafee.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Mahkamah Persekutuan dijangka mendengar permohonan
Najib untuk mengambil khidmat QC pada penghujung Jun.
Pada 25 Januari lalu, Najib melalui Muhammad Shafee dalam sepucuk surat dialamatkan kepada Setiausaha Ketua Hakim Negara memohon supaya Najib dibenarkan untuk diwakili seorang QC iaitu peguam kanan paling senior dan berpengalaman dari United Kingdom.
Permohonan itu dibuat atas alasan QC mempunyai kepakaran untuk menasihati dan berpengalaman mengendalikan rayuan akhir Najib yang sangat kompleks dan membabitkan isu serta persoalan perundangan baharu bukan sahaja dalam bidang kuasa negara ini, malah di negara Komanwel.
Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana. SRC International.
Sehari sebelum itu, mahkamah sama menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu dalam rayuannya berhubung pembabitan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar yang didakwa bersekongkol dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho bagi memudahkannya (Jho Low) menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya SRC International.