Kalau kita baca artikel dibawah, kita akan dapati kes berlaku semasa Malaysia di perintah oleh kerajaan UMNO iaitu ketika UMNO berhadapan dengan pilihan raya umum yang ke 13.
Dimana pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu telah dipolitikkan oleh kerajaan UMNO hingga sengaja tidak membayar wang pemisahan RM5300 setahun sebagai bukti komitmen mereka ke atas Sabah, kononnya.
Sepatutnya bayar sajalah sebab itu tidak akan menyebabkan Sabah menjadi milik mereka. Ia hanyalah perjanjian lama di antara dua pihak yang berkepentingan dan berakhir di situ. Buktinya berabad Malaysia membayar wang pemisahan tapi tidak pernah timbul tuntutan sebesar ini, pokoknya tuntutan ini timbul angkara kebodohan UMNO.
Akibatnya Malaysia atau Sabah berhadapan dengan konflik yang lebih besar, sekiranya gagal membayar tuntutan RM63 bilion yang sebenarnya dikemukan oleh kerajaan Filipina.
Inilah UMNO dari sekecil kecil isu semuanya dipolitikkan hingga akhirnya menyusahkan negara dan rakyat Sabah khususnya. Mentang mentanglah Sabah ni negara yang kaya dengan sumber alam.
Jalan penyelesaiannya ambil balik wang yang dicuri oleh Najib Razak dan kuncu kuncunya, buat bayar RM63 bilion. Itu pun wang milik rakyat Sabah rasanya sebab UMNO bukan ada apa pun, pandai mencuri hak orang saja tu.
Daripada Sabah melepas ke negara orang, lebih baik Najib Razak dan Zahid Hamidi tu dihalau balik ke negara asal mereka, kita tengok sejauh mana mereka mampu menipu Jokowi.
Kerajaan Malaysia dilaporkan telah diarah membayar sekurang-kurangnya AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris sultan Sulu yang terakhir.
Ini akibat pelanggaran perjanjian 1878 yang ditandatangani oleh Sultan Jamal Al Alam, Baron de Overbeck dan Alfred Dent milik syarikat British Utara Borneo
Malaysia dilaporkan telah berhenti membayar wang pemisahan tahunan RM5,300 kepada waris sultan Sulu sejak 2013 berikutan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.
Semalam, laman web berita Sepanyol La Información melaporkan bahawa penimbang tara Sepanyol Gonzalo Stampa mengarahkan pembayaran itu semasa perbicaraan di mahkamah arbitrasi di Paris, Perancis.
Menggelarnya sebagai “arbitrasi terbesar di Sepanyol”, artikel itu berkata Stampa memutuskan bahawa perjanjian 1878 adalah satu “perjanjian pajakan swasta antarabangsa” komersial.

Dengan tidak membayar wang pemisahan sejak 2013, dia berkata Malaysia telah melanggar perjanjian itu.
Melainkan anugerah itu dibatalkan, Malaysia kini mempunyai tiga bulan untuk membayar atau berisiko membayar faedah.
Waris sultan Sulu pada mulanya mahu menuntut AS$32.2 bilion (RM135.08 bilion) daripada Malaysia. Ini adalah untuk mendapatkan semula wang pemisahan yang belum dibayar bersama-sama dengan jumlah yang mereka percaya sepatutnya dibayar untuk hasil minyak dan gas yang ditemui di rantau ini.
Mereka diwakili oleh firma guaman Sepanyol B Cremades & Asociados bersama Paul Cohen dan Elisabeth Mason dari 4-5 Gray’s Inn Square di London.
“Penimbang tara (Stampa) mematuhi mandatnya dengan teliti dan sah, memutuskan pertikaian kontrak antara pihak,” kata portal yang memetik Bernardo Cremades Jr.
Malaysia tidak diwakili semasa timbang tara
Waris berkenaan telah memulakan kes di Sepanyol kerana perjanjian 1878 ditandatangani di bumi Sepanyol.
Kes itu pada asalnya dibicarakan di Madrid sehingga Mahkamah Tinggi Madrid (Tribunal Superior de Justica de Madrid) membatalkan pelantikan Stampa atas alasan bahawa Malaysia tidak dimaklumkan dengan betul mengenai kes berkenaan dan dengan itu “tidak dapat membela diri”.
Kes itu kemudiannya dipindahkan ke ibu negara Perancis.

Menurut laman web Global Arbitration Review, Malaysia tidak hadir semasa perbicaraan timbang tara di Paris.
Susulan pembatalan Stampa, Malaysia mencabar kesahihan untuk mendengar kes itu dibicarakan mahkamah jenayah.
Malaysiakini sedang menghubungi Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan ulasan mereka.
Reblogged this on JalinLuin.com and commented:
Artikel ini ditulis sebelum wakil pewaris sultan Sulu merampas dua anak syarikat Petronas di Luar Negara. Akibat kebodohan kerajaan UMNO waktu itu.
Portal berita The Finance Times melaporkan Mahkamah yang berpusat di Perancis bagi pihak kesultanan Sulu telah merampas dua anak Syarikat Petronas yang berdaftar di Luxembourg iaitu Petronas Azerbaijan dan Petronas South Caucasus.
Rampasan itu bernilai RM8.87 bilion.
LikeLike