Artikel ini ditulis sebelum wakil pewaris sultan Sulu merampas dua anak syarikat Petronas di Luar Negara. Akibat kebodohan kerajaan UMNO waktu itu.
Portal berita The Finance Times melaporkan Mahkamah yang berpusat di Perancis bagi pihak kesultanan Sulu telah merampas dua anak Syarikat Petronas yang berdaftar di Luxembourg iaitu Petronas Azerbaijan dan Petronas South Caucasus.
Rampasan itu bernilai RM8.87 bilion.
Kalau kita baca artikel dibawah, kita akan dapati kes berlaku semasa Malaysia di perintah oleh kerajaan UMNO iaitu ketika UMNO berhadapan dengan pilihan raya umum yang ke 13.
Dimana pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu telah dipolitikkan oleh kerajaan UMNO hingga sengaja tidak membayar wang pemisahan RM5300 setahun sebagai bukti komitmen mereka ke atas Sabah, kononnya.
Sepatutnya bayar sajalah sebab itu tidak akan menyebabkan Sabah menjadi milik mereka. Ia hanyalah perjanjian lama di antara dua pihak yang berpentingan dan berakhir di situ. Buktinya berabad Malaysia membayar wang pemisahan tapi tidak pernah timbul tuntutan sebesar ini, pokoknya tuntutan ini timbul angkara kebodohan UMNO.
Akibatnya Malaysia atau Sabah berhadapan dengan konflik yang lebih besar, sekiranya gagal membayar tuntutan RM63 bilion yang sebenarnya dikemukan oleh kerajaan Filipina.
Inilah UMNO dari sekecil kecil isu semuanya dipolitikkan hingga akhirnya menyusahkan negara dan rakyat Sabah khususnya. Mentang mentanglah Sabah ni negara yang kaya dengan sumber alam.
Jalan…
View original post 392 more words
1 komen