Kes SRC: Permohonan Najib Tangguh Rayuan Ditolak

Benar kata netizen Najib Razak harus dipertanggungjawabkan atas kesalahannya menyeleweng wang rakyat, yang dia lakukan secara terang terangan.

Apa lagi Najib telah pun didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan dan Rayuan dan dikenakan hukuman penjara 12 tahun atas skandal SRC.

Pokoknya Najib Razak harus diperlakukan berlandaskan undang undang, tidak ada istilah bekas Menteri atau bekas Perdana Menteri, oleh itu diberikan keistimewaan. Iyalah kenapa kalau orang biasa yang kantoi mencuri seringgit dua terus meringkuk dalam penjara sebaliknya Najib yang telah mencuri berbilion wang rakyat.

Namun undang undang Malaysia membenarkan sekali lagi Najib membuat rayuan buat kali yang kedua.

Hari ini permohonannya untuk menangguhkan tarikh perbicaraan dalam rayuannya kerana mendakwa ada bukti baru, di tolak oleh hakim Mahkamah Persekutuan. Titik!

Kiranya Najib cuba melawan takdir yang telah nyata dengan merogol kesetiaan segelintir ahli UMNO. Siapa tahu akan terlepas kalau kalau UMNO balik berkuasa.

Najib ingatlah yang salah tetap salah, kau sekarang tidak hanya bermusuh dengan orang orang yang berakal tapi sudah tentu bermusuh dengan Tuhan. Kau pusinglah arah mana pun pasti kemungkaran akan berakhir dengan kekalahan, walaupun UMNO mungkin beberapa kali mendapat kemenangan di peringkat pilihan raya kecil atau negeri. Ada saja musabab yang menyebabkan kau tersungkur bersama UMNO hingga UMNO benar benar dibenci oleh rakyat khususnya generasi muda.


Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Najib Razak untuk menangguhkan prosiding rayuan berkaitan bukti baru dalam usahanya untuk mengetepikan sabitan kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd, yang dijadualkan pada 15 dan 16 Mac ini.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul yang mengesahkan perkara berkenaan berkata permohonan bekas perdana menteri itu supaya tarikh perbicaraan rayuan dilapangkan, ditolak menerusi hantaran emel pagi ini.

“Sehubungan itu tarikh pendengaran dikekalkan sebagaimana yang dijadualkan,” katanya kepada Bernama menerusi teks pesanan ringkas WhatsApp.

Dua hari lepas peguam Najib menulis surat kepada mahkamah memohon supaya tarikh pendengaran itu dilapangkan kerana mereka masih mengumpulkan semua nota, bukti, dan dokumen yang berkaitan dengan perbicaraan SRC di Mahkamah Tinggi, bagi menyediakan hujah bertulis sebagai tambahan bukti untuk rayuan.

Pada 7 Dis 2021, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baru bagi rayuannya dengan memutuskan bahawa Najib gagal memenuhi Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman secara kumulatif bahawa bukti baru diperlukan untuk keadilan dalam kes itu.

Pada hari berikutnya mahkamah sama mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Hakim Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim terdiri daripada Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Najib kemudiannya memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Persekutuan

-Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: