Bukan hanya pembangkang yang beretorik dengan pemberian kad kerja warga asing yang diumumkan kerajaan baru baru ini, tapi juga UMNO menangguk di air yang keruh. Mereka lupa apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional sebelum kad warga asing dikuatkuasakan.
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) diusir terlebih dahulu sebelum mereka diberikan Kad Warga Asing itu pun hanya PATI yang telah lama duduk di Sabah.
Dicatatkan pengusiran terbesar PATI di Sabah sejak 2002 hanya berlaku dalam kerajaan Perikatan Nasional. Jadi jangan ada yang melupakan usaha besar ini.
Klik link dibawah.
Sebenarnya pemberian pas kerja atau kad warga asing bukan cerita baru dalam politik Bersatu atau Perikatan Nasional.
Tapi langkah menyelesaikan lambakan PATI di Sabah telah dirancang sejak kerajaan Perikatan Nasional.
Pengumuman oleh Menteri KDN dan Ketua Menteri Sabah adalah peringkat perlaksanaan selepas mengambil kira aspek, yang pasti tidak akan merugikan kerajaan Sabah atau orang Sabah.
Baca link dibawah, sejak bila pemberian kad warga asing di war warkan sebelum dilaksanakan.
Habis itu kenapa ada yang berlagak terkejut beruk bukan kah kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah ini adalah juga kerajaan yang terdiri dari Bersatu, UMNO dan parti parti tempatan kerajaan. Pakatan Harapan juga menandatangani MoU bersama kerajaan.
Alsebab hati kamu orang sudah hitam kah? itu yang meroyan sepanjang waktu mencari kesalahan walaupun pada hakikatnya ia menguntungkan rakyat dan negeri Sabah.
Baru baru ini Federal dan kerajaan negeri Sabah mengumumkan pemberian kad warga asing pada PATI yang layak.
Baca link dibawah.
Tinggalkan Jawapan