Bukan hanya pembangkang yang beretorik dengan cadangan memberikan keterangan diri atas pas kerja yang diumumkan kerajaan baru baru ini, tapi juga UMNO menangguk air yang keruh. Mereka lupa apa yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini.
Kerajaan Filipina mengesahkan bahawa Malaysia akan menghantar pulang rakyat Filipina seramai lebih kurang 5000 orang. Kumpulan pertama akan tiba di Bongao Tawi-Tawi pada hari Sabtu (kelmarin) seramai 400 orang.
Menurut Pegawai Maklumat Pejabat Wilayah Jabatan Kebajikan Masyarakat negara itu, Ivan Eric Salvador menyatakan bahawa dua minggu lagi mereka akan menerima 394 orang lagi kumpulan pertama dari 14 kumpulan, kesemuanya berjumlah 5300 orang.
Pihaknya telah menghantar orang yang berkenaan ke Wilayah mereka masing-masing seperti ke Tawi-Tawi, Zamboanga city, Sulu, Basilan, Cebu dan lain-lain daerah.
Dalam pada itu menurut Setiausaha Kabinet Wilayah Autonomi Bangsamoro, Mohammad Asnin mengatakan bahawa Malaysia telah memberikan jaminan bahawa mereka yang diusir telah menjalani ujian antigen.
Menurut kerajaan Filipina ini adalah pengusiran terbesar warga Filipina dari Sabah sejak 2002 seramai 64,000 orang.
Walaubagaimanapun menurut data Jabatan Luar Negeri Filipina masih ada lagi hampir 500,000 orang rakyatnya yang tinggal di Malaysia pada tahun 2011 hanya 325,089 daripadanya telah didokumentasikan.
View original post 126 more words
Tinggalkan Jawapan