Pengusiran Terbesar PATI Sabah Sejak 2002 – Kerajaan Filipina

Kerajaan Filipina mengesahkan bahawa Malaysia akan menghantar pulang rakyat Filipina seramai lebih kurang 5000 orang. Kumpulan pertama akan tiba di Bongao Tawi-Tawi pada hari Sabtu (kelmarin) seramai 400 orang.

Menurut Pegawai Maklumat Pejabat Wilayah Jabatan Kebajikan Masyarakat negara itu, Ivan Eric Salvador menyatakan bahawa dua minggu lagi mereka akan menerima 394 orang lagi kumpulan pertama dari 14 kumpulan, kesemuanya berjumlah 5300 orang.

Pihaknya telah menghantar orang yang berkenaan ke Wilayah mereka masing-masing seperti ke Tawi-Tawi, Zamboanga city, Sulu, Basilan, Cebu dan lain-lain daerah.

Dalam pada itu menurut Setiausaha Kabinet Wilayah Autonomi Bangsamoro, Mohammad Asnin mengatakan bahawa Malaysia telah memberikan jaminan bahawa mereka yang diusir telah menjalani ujian antigen.

Menurut kerajaan Filipina ini adalah pengusiran terbesar warga Filipina dari Sabah sejak 2002 seramai 64,000 orang.

Walaubagaimanapun menurut data Jabatan Luar Negeri Filipina masih ada lagi hampir 500,000 orang rakyatnya yang tinggal di Malaysia pada tahun 2011 hanya 325,089 daripadanya telah didokumentasikan.

Menurut sumber itu kerana sempadan Sabah yang tidak dikawal ketat menyebabkan rakyatnya mudah keluar masuk ke Sabah sehinggalah Jamalul Kiram ketiga menuntut kedaulatan iaitu pencerobohan di Lahad Datu barulah selepas itu kawalan sempadan negara agak ketat.


Nampaknya hubungan Malaysia Filipina semakin baik ada kerjasama yang jitu di dalam menyelesaikan kehadiran mereka yang tidak memiliki keterangan diri yang sah atau sama sekali tidak memiliki dokumen diri.

Nampaknya kerajaan Filipina mulai menjaga kebajikan rakyatnya. Boleh saja kebajikan itu berkaitan dokumentasi yang wajar dimiliki oleh rakyatnya sebelum berhasrat ke negara-negara jiran dengan demikian akan memudahkan kedua belah pihak.

Bukan macam sebelum ini tiba-tiba PSS oleh kerajaan negeri tanpa ada pengusiran terlebih dahulu bagi membolehkan pengenalpastian. He!

Tahniah kerajaan Perikatan Nasional. Kerajaan yang efisien di dalam menyelesaikan persoalan seperti ini.

3 thoughts on “Pengusiran Terbesar PATI Sabah Sejak 2002 – Kerajaan Filipina

Add yours

  1. Reblogged this on JalinLuin.com and commented:

    Bukan hanya pembangkang yang beretorik dengan cadangan memberikan keterangan diri atas pas kerja yang diumumkan kerajaan baru baru ini, tapi juga UMNO menangguk air yang keruh. Mereka lupa apa yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: