Hanya 2 Jam Dibenarkan Majlis Fizikal – Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah menyarankan penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi ditunda bagi bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.

Arahan itu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, susulan jumlah kes harian COVID-19 di negeri itu mengalami peningkatan secara mendadak sejak kebelakangan ini.

“Tren laporan kes harian jangkitan COVID-19 didapati meningkat sejak lima hari lalu melepasi angka 1,000 dan kes positif COVID-19 dijangka terus melonjak sekiranya prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi.

“Justeru, adalah disarankan penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan yang dijadualkan ditunda atau diadakan secara dalam talian bagi mengawal jangkitan COVID-19.

“Bagaimanapun, sekiranya penganjuran memerlukan kehadiran secara fizikal, pihak penganjur hendaklah mewajibkan individu yang hadir menjalani ujian saringan terlebih dahulu menggunakan kit ujian kendiri (saliva) atau daripada pengamal perubatan.

“Penganjuran majlis adalah dalam tempoh dua jam dan kapasiti maksimum satu pertiga ruang premis dengan pematuhan SOP ketat,” katanya.

Semalam, Sabah mencatat 3,333 kes baharu COVID-19 dan ia adalah jumlah tertinggi pernah direkodkan sepanjang kira-kira dua tahun pandemik melanda negara.

Berita Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: