Federal Putihkan IMM13, Segelintir UMNO Dan Warisan Jangan Hipokrit

Inilah apa yang diistilahkan sebagai kerja yang berkualiti dan ikhlas dari tangan tangan kerajaan Perikatan Nasional PN di dalam usaha menyelesaikan lambakan pendatang asing tanpa izin di Sabah yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

Banyak cerita yang kita dengar sejak berdekad yang lalu ambil contoh usaha kerajaan BN di dalam menyelesaikan kehadiran pendatang asing tanpa izin dengan mendokumentasikan mereka. Natijahnya ramai dikalangan mereka yang telah berjaya dalam hidup masing-masing namun pada PRU yang lepas parti Warisan berjaya memanipulasi kenaifan hingga menolak BN yang telah memerdekakan mereka dari status pendatang dan kemiskinan. Tapi namanya tidak bersyukur hari ini mereka menjadi senjata makan tuan kepada diri mereka iaitu modal politik atau di kambing hitamkan oleh parti Warisan.

Setelah kerajaan Warisan mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri, parti ini cuba “menyelesaikan” atau sebenar-benarnya berusaha menambah kepopularitian parti Warisan dikalangan mereka yang berasal dari negara negara jiran dengan memperkenalkan satu sistem keterangan diri yang dipanggil PSS. Namun pembangkang melihat PSS hanyalah langkah retorik dan tidak efisien malah menambah kehadiran PATI selain menambah birokrasi pentadbiran dan menyukarkan penguatkuasaan. Makanya itu hari Ketua PPBM Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor lantang menolak cadangan PSS di sidang DUN dan tidak lama selepas itu disusuli UMNO Sabah yang bersuara di media sosial.

Hakikatnya PSS juga ditolak oleh pemegang dokumen IMM13, (Burung-Burung dan Banci) pada mereka PSS hanyalah sistem yang menafikan hak seseorang yang ingin menjadi warga negara Malaysia.

Okey cukup disini mukadimahnya.

Yang admin maksudkan dengan kerja ikhlas kerajaan Perikatan Nasional PN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden PPBM ialah baru baru ini menerusi Datuk Hamzah Zainuddin selaku Menteri Kementerian Dalam Negeri Malaysia dalam rangka lawatannya ke Sabah.

Memaklumkan bahawa kerajaan atau Federal akan berusaha menyelesaikan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah dengan mengiktiraf dokumen IMM13, (Burung-Burung dan Banci). Justeru tidak perlu lagi ada dokumen tambahan atau dokumen baru bagi menggantikan tiga dokumen itu. Tiga dokumen itu akan diproses menjadi dokumen tunggal.

Walaubagaimana buat masa ini kerajaan lebih mengutamakan pemegang IMM13. Pun begitu kerajaan Malaysia perlu terlebih dahulu berhubung dengan kerajaan Filipina bagi mendapatkan status mereka. Kalau mereka disahkan sebagai rakyat Filipina maka mereka akan dihantar pulang begitu lah sebaliknya terpaksa kita yang bertanggungjawab.

Soal pendatang asing yang tiada dokumen diri mereka juga akan diproses tetapi buat masa ini yang menjadi keutamaan ialah pemegang IMM13.

Admin amat yakin dan percaya usai pemegang tiga dokumen di atas diputihkan. Waktu itu tiada lagi rakyat negara jiran yang boleh memasuki ke Sabah tanpa pasport antarabangsa yang sah. Sekarang ini pun sempadan negeri Sabah sedang dikawal ketat.

KDN kenal pasti 37 titik pendaratan PATI

Hah! jalan penyelesaian seperti inilah yang rakyat Sabah mahukan. Yang namanya kemanusiaan terutamanya dari konteks undang-undang antarabangsa tidak dinafikan dalam masa yang sama namanya hak sebagai orang tempatan atau orang asal tetap dihormati dan diutamakan.

Hak adalah sesuatu yang abadi dan wajib dipertahankan.

Pemegang IMM13 adalah pelarian yang diakui oleh High Commissioner For Refugees (UNHCR). Oleh itu IMM13 adalah sebahagian daripada protokol yang telah ditetapkan oleh PBB.

Dalam pada itu dengar dengarnya UMNO Sabah tidak bersetuju dengan langkah ini. Tidak usahlah hipokrit sangat sepertimana kenyataan di atas. Selama ini yang memutihkan pendatang asing tanpa izin PATI di Sabah ialah BN/UMNO. Tidak kiralah pemutihan itu berbentuk IMM13 atau dokumen yang seumpamanya.

Alahai UMNO Sabah, Hari ini ramai di kalangan penyokong atau jentera UMNO yang berasal dari IC projek. Bila dalam hal ini kamu menafikan usaha ini, itu bermakna kamu tidak menghargai penyokong atau jentera yang ada kaitannya dengan “mereka”.

Nampaknya Warisan terus menunjukkan kehipokratan. Mereka lantang menolak cadangan penyelesaian yang difikirkan oleh Kementerian Dalam Negeri, PN. Walhal sebelum ini salah seorang wakil rakyat daripada parti Warisan berjawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang beria-ia memperkenalkan sistem tolol PSS yang ditolak oleh semua pihak termasuklah pendatang asing tanpa izin PATI itu sendiri.

Jangan buat tidak tahu presiden Warisan sebelum ini adalah pemimpin pusat atau Naib Presiden UMNO maka secara langsung dia sebagai wakil rakyat Sabah diperingkat Persekutuan juga terlibat dengan pengeluaran IMM13, Burung-burung dan Banci.

Tidak usahlah Warisan dan UMNO Sabah lupa diri sangat setahu admin ramai tu di kalangan jentera dan penyokong dua parti ini yang masih ada hubungan kekeluargaan dan kawan dengan pendatang asing tanpa izin PATI.

Suka atau tidak harus ada titik penyelesaiannya, apa yang ada di depan harus diselesaikan. Selepas itu barulah boleh mengambil langkah langkah konkrit bagi mengekang kehadiran pendatang asing tanpa izin.

Kalau selepas ini masih ada dikalangan kerabat PATI yang terus menyokong parti Warisan, maka secara politik cukuplah setakat ini perhatian yang diberikan kepada mereka.

Kotoran yang ditinggalkan oleh era UMNO BN sebelum ini dan janji kosong Warisan cuba dibersihkan oleh Bersatu (PPBM). Jadi adakah Bersatu pula yang bersalah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: