
Hari ini dalam masa Adun Sindumin meninggalkan parti Warisan. Ketua Bahagian Warisan Tawau Abdul Salip Ejal bersama dengan 9 lagi AJK Bahagian juga turut mengikut jejak meninggalkan parti itu dan menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Majlis diadakan di Dewan Teater, Marina, Sutera Harbour, Kota Kinabalu.
9 AJK Bahagian itu terdiri dari 3 masing masing Setiausaha Bahagian, Bendahari, Ketua Penerangan dan 6 AJK Bahagian biasa.
Alasan Ketua Bahagian Tawau itu adalah untuk menyahut seruan yang Dipertuan Agong supaya sama sama menjaga kestabilan kerajaan dalam usaha membendung penularan
Covid 19 dan memulihkan ekonomi yang terjejas akibat pandemik ini.
Tidak perlulah admin memulangkan paku buah keras kepada jentera Parti Warisan yang selama ini suka melecehkan pemimpin atau individu yang meninggalkan parti mereka dengan tuduhan bohong dan pernyataan pernyataan yang kurang sopan.
Sebab realitinya semakin hari, semakin itu Warisan ditinggalkan oleh pemimpin dan penyokong tegar Warisan dan menyokong kerajaan GRS negeri Sabah yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor yang juga Ketua Bersatu Sabah.
Cuma admin nak balas sikit kenyataan fitnah dari besi buruk Warisan yang mendakwa konon sebab Adun Sindumin meninggalkan Warisan kerana ditekan berhubung rasuah oleh SPRM. Kalau ini kes baru, jelas fitnah semata-mata.
Benar nama Dr Yusof disebut dalam skandal MARA yang ketika itu Shafie Apdal adalah Menteri KKLW. Tapi bukan kah lama sebelum ini Dr Yusof telah membuat kenyataan rasmi bahawa dia bersedia memberikan kerjasama, bila bila masa. Cerita lama kenapa dibangkitkan oleh Warisan. Habis modal kah?