3.6 Juta Pencarum Umur 55 Tahun Hanya Ada RM1,000

Jadi dalam hal ini Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan bosku Najib harus juga bertanggungjawab sebab mereka yang lantang dan berkeras agar pengeluaran i-Sinar diperluas dan dilonggarkan, hingga tengoklah apa kesannya, rakyat juga yang bakal menderita.

Simpanan hari tua rakyat berkurangan hanya kerana terpengaruh dengan idea pihak yang berniat politik semata mata.

Dulu bila ada yang membantah cadangan pengeluaran i Sinar kerana lari dari matlamat penubuhan KWSP itu sendiri. Apa mereka cakap, tak apalah yang itu hak masing masing. Siap dua pemimpin UMNO itu menambah cadangan agar syarat pengeluaran lebih dipermudahkan.


SHAH ALAM – Rakyat Malaysia tidak mampu bersara dan akan bekerja sehingga hujung nyawa kerana ramai yang tidak mempunyai wang simpanan persaraan mencukupi.

Lebih mengejutkan, seramai 3.6 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah hanya mempunyai kurang RM1,000 di dalam akaun, manakala 6.1 juta lagi memiliki simpanan kurang RM10,000.

Pakar Ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, ini diburukkan lagi dengan lebih 50 peratus rakyat Malaysia hanya berpendapatan RM2,000 ke bawah.

Jadi katanya, ini merupakan sesuatu yang membimbangkan apabila semua kumpulan pekerja tidak boleh mengharapkan simpanan KWSP untuk bersara.

“Itu merupakan satu keadaan kritikal. Jika sebelum ini dinyatakan bahawa 46 peratus penyimpan mempunyai simpanan kurang RM10,000 juga membimbangkan apatah lagi jika kurang daripada RM1,000.

“Perkara ini juga menjejaskan matlamat KWSP kerana ia diwujudkan untuk memaksa semua pekerja membuat simpanan supaya apabila bersara, mereka ada sesuatu yang boleh diharapkan.

“Jika keadaan sebegini terus berlaku, ini bermakna mereka tidak boleh bersara dan tidak akan ada apa-apa ‘penyelamat’ selepas bersara,” katanya kepada Sinar Harian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: