Kerajaan UMNO Melaka Tumbang Kerana Abang Besar

Alamak. Melaka dah jadi ladang milik abang besar pula dah! alahai. Kalaupun tuduhan ini tidak berjalan sepenuhnya tapi yang pasti abang besar UMNO itu benar.

Dalam satu sidang dia, bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron daripada UMNO bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri yang diketuai oleh Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali dari parti UMNO.

Lima faktor yang disebutkan dibawah itu adalah berkisar soal konsesi pasir di negeri Melaka yang dibolot oleh pro kluster Mahkamah atau pro abang besar. Sedangkan wakil rakyat di kawasan yang terbabit hanya mampu melihat lori dan jengkaut beroperasi. Mau tak marah!

Zahid pula janganlah mentang mentang dia yang menamakan atau mencalonkan, teruslah tengkuk mereka di pegang sampai mampus. Wajib mengikut arahan walaupun songsang.

Moralnya mana mana wakil rakyat yang diangkat zaman Zahid Hamidi itu bererti mereka adalah alat dan boneka Zahid. Zahid pula terus bergelut dengan perbicaraan salah guna kuasa di Mahkamah.

Zahid tidak terfikirkah, dia ingat semua yang mengundi calon UMNO/BN disebabkan oleh faktor parti kah? cuba dia bertanding selaku Presiden UMNO di Melaka dan Sabah, apa akan jadi?

Kalau memang UMNO itu jenama yang dihormati, tapi kenapa tumbang pada pilihan raya umum lalu dan baru baru ini di pilihan raya negeri Sabah.

Patut pun Zahid mencadangkan bagi menyelesaikan kemelut kerajaan di negeri Melaka, sebaiknya diadakan pilihan raya negeri. Walhal semasa dia mengetuai penolakan ke atas Perdana Menteri Muhyiddin tidak ada pula tuntutan pilihan raya umum akan diadakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional. Sebaliknya peralihan kuasa berlaku secara teratur tanpa proses pilihan raya. Begitu dengan kerajaan di negeri Perak, berjalan lancar tanpa ada ugutan kerajaan negeri akan dibubarkan, malah jawatan Menteri Besar di serahkan mengikut protokol pada pemimpin UMNO.

Apa jadi dengan Bani Melayu UMNO semakin hari semakin tampak disesatkan oleh ketua kabupaten Ponorogo.

Menggelikan sangatlah perjalanan UMNO Zahid ini macam orang yang tidak pernah mendapat didikan sivik. Memalukan!

Cuma ada satu yang admin puji pada Zahid ni, itu biarlah rahsia. He!

One thought on “Kerajaan UMNO Melaka Tumbang Kerana Abang Besar

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: