Kerajaan UMNO Negeri Melaka Tumbang

Jadi kira sah lah kerajaan UMNO Melaka tumbang berikutan empat Adun menarik sokongan.

Dua hari lepas beberapa pihak menafikan kemungkinan ini, termasuklah dari parti dan empunya diri. Tahu tahu tumbang!

Maaf cakaplah, kalau namanya UMNO yang ada pada hari ini, bak kata Ku Li, UMNO hari ini tidak atau kurang moral dan materialistik.

Susah dipercayai, pagi kantoi menipu petang mereka cipta lagi cerita baharu. Dulu penyakit ini nyata ada pada Warisan tapi sekarang semakin menjadi jadi sejak Presiden UMNO sendiri yang melakukannya ke atas Kerajaan Perikatan Nasional.


Empat ADUN yang menarik sokongan daripada kerajaan negeri iaitu Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

MELAKA: Teka-teki pergelutan politik di Melaka terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disebut-sebut terlibat, telah mengumumkan penarikan sokongan mereka sebentar tadi.

Mereka ialah ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Ini bermakna kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali telah tumbang kerana hilang sokongan majoriti.- UTUSAN ONLINE

One thought on “Kerajaan UMNO Negeri Melaka Tumbang

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: