
Ku Li selepas melepaskan jawatan dalam UMNO sebagai penasihat, dia mulai memanaskan keadaan dengan mengkritik parti UMNO kaw kaw.
Ada yang kata Ku Li kesal kerana namanya tidak diangkat sebagai calon Perdana Menteri ke 9 oleh kepimpinan UMNO atau kluster Mahkamah, bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin.
Tidak ada maknanya UMNO menamakan Ku Li sebagai calon Perdana Menteri pun. Ini kerana tindakan UMNO meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional hingga memaksa PM Muhyiddin melepaskan jawatan adalah kerana ingin melihat Anwar sebagai Perdana Menteri ke 9. Supaya kerajaan pada hari itu menarik tuduhan yang dihadapi oleh kluster mahkamah.
Walau bagaimana pun Ku Li tetap menyokong UMNO tapi bukan UMNO yang ada pada hari ini, yang ditubuhkan semula pada tahun 1988, tapi UMNO yang diasaskan pada tahun 1946.
UMNO yang ada pada hari ini menurut Ku Li adalah parti yang kebendaan, tamak dan memiliki moral yang rendah. (Netizen menggelar keadaan seperti itu sebagai cakap tidak serupa bikin)
Apa yang didakwa oleh Ku Li ini memang ada kebenarannya pun. Bayangkan parti UMNO yang terlibat menuntut kemerdekaan digunakan untuk membela pencuri bukan itu saja semasa kerajaan Perikatan Nasional, mereka mencanang propaganda gagal kerana kononnya kerajaan gagal mengawal penularan Covid 19. Tapi hari ini tidak ada pun yang berubah malah kes bunuh diri bertambah. Ini menunjukkan penularan Covid 19 pada waktu itu, tidak ditentukan oleh siapa yang menjadi Perdana Menteri tapi menuntut kerjasama dari semua pihak termasuklah dari masyarakat itu sendiri.
Ironinya suara suara yang mencanang propaganda kerajaan gagal, hari ini macam ayam berak kapur, diam tidak lagi kedengaran.