Harus bagaimana lagi untuk memulakan kerjasama yang baik kalau pihak yang dimusuhi malah menamakan mereka sebagai calon Perdana Menteri ke 9.
Namun sehingga hari ini yang nampak hambar menerima keberadaan Bersatu sebagai kawan ialah UMNO. Entah apa saja yang tidak kena, entah apa lagi yang tidak memuaskan hati mereka. Kalau kuasa yang menjadi hambatan, itu jawatan Perdana Menteri apa?
Lebih rela berkawan dengan DAP berbanding Bersatu dan PAS. Bukan kah itu pelik? hanya untuk menyelamatkan seorang dua yang bermasalah.
Sepatutnya selepas kekalahan UMNO pada pilihan raya umum yang ke 14, mereka insaf dan jangan lagi mengetengahkan pemimpin pemimpin UMNO yang bermasalah sebagai alat perjuangan.
Ingat, dulu UMNO pun berada dalam kuasa tapi keputusan pilihan umum menunjukkan UMNO tumbang. Adakah pada ketika itu kerajaan tidak memberikan bantuan kepada rakyat? berlambak adalah, macam macam ada.
Kesimpulannya kalau UMNO ingin bertahan di pilihan raya umum yang akan datang, maka berbuat baiklah dengan Bersatu dan PAS. Itu pun kalau masih sudi, memandangkan modal berkesan PAS pada pilihan raya yang lepas lepas ialah mengerjakan UMNO sampai lumat.
Sabah lagilah, Warisan hanya perlu meniupkan sentimen ketuanan Melayu, terus tu UMNO di pandang sinis sebagai penjajah yang tidak reti diuntung.

MUAR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih belum jelas dengan hala tuju UMNO sama ada akan terus bersama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atau parti itu mempunyai pilihan lain.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya bersedia dengan segala kemungkinan dan tidak mempunyai masalah untuk terus bekerjasama dengan UMNO dalam PRU15 jika parti itu memilih untuk bersama-sama.
“Hubungan kita dengan parti lain seperti UMNO dalam kerajaan sekarang memang ada di peringkat nasional dan negeri, cuma kita kurang jelas hala tujunya tetapi itu bukan hak saya untuk tentukan.
“Jika mereka sebahagian daripada kita, kita akan bekerjasama. Jika tidak, kita akan menentang mereka pada PRU akan datang. Ini adalah prinsip kita dan diterima oleh semua ahli Bersatu.
“Kita yakin akan terus berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan, ini cuma andaian (UMNO tidak sokong PN). Jadi, adalah sukar untuk saya ramalkan apa perkara yang akan berlaku,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Badan Pimpinan Bersatu Johor di Pejabat Bersatu Bahagian Pagoh, di sini pada Jumaat.
Muhyiddin berkata, disebabkan situasi itu Bersatu, Pas dan Gerakan akan terus bergerak ke arah memperkukuh Perikatan Nasional (PN) termasuk memperkemas jentera masing-masing sebagai persediaan menjelang PRU15.
Beliau turut meminta setiap bahagian Bersatu memperkemas jentera sebagai persediaan dan persiapan menjelang PRU15.
“Di Johor, saya minta Bersatu bergerak rapat dengan PN, kita pakai warna biru untuk bendera, logistik dan cenderahati yang wajar untuk beri impak besar kepada pengundi termasuk di seluruh negara.
“Langkah itu agar kita lebih akrab dalam menjalankan program bersama-sama dan tidak berasingan supaya rakyat mendapat mesej PN Johor memang berfungsi,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Muhyiddin yakin Pas akan terus dalam PN terutama menghadapi PRU15 berdasarkan sokongan sehingga kini daripada pucuk pimpinan Pas dan ahli parti itu dalam mesyuarat berkaitan agenda yang diperjuangkan PN.
“Setakat yang saya sedar waktu mula kita daftar PN, Pas adalah penajanya dan Pas telah bersama-sama dalam PN sejak ditubuhkan dan kemudian barulah parti lain menyertainya,” katanya.
Sinar Harian.
Tinggalkan Jawapan