PAS Sabah Sokong Penuh Komitmen KM Hajiji Untuk Realisasikan MA63

Semasa dalam persidangan DUN yang ke 16, Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor ada menyatakan komitmennya untuk meneruskan usaha Sabah menuntut beberapa elemen yang belum ditunaikan, berdasarkan perjanjian Malaysia 1963.

Untuk makluman jawatankuasa menuntut hak hak Sabah telah dimulakan, dibentuk dan dijalankan ketika kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai Perdana Menteri Muhyiddin pada ketika itu.
Dimana Sabah diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Maximus Ongkili.

SEBARANG TUNTUTAN UNTUK KEMAJUAN SABAH MESTI DIUTAMAKAN

  1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah menyokong penuh sebarang tuntutan berkaitan kemajuan negeri Sabah.
  2. Saya merujuk secara khusus kepada MA63. Sebahagian yang sudah termaktub dalam perlembagaan Malaysia mesti direalisasikan sepenuhnya. Jika ada perkara-perkara lain berkaitan hak Sabah yang perlu diselesaikan, pihak Persekutuan sepatutya menyelesaikan segera.
  3. Secara fizikal kita melihat Sabah masih jauh ketinggalan dari pelbagai aspek khususnya infrastruktur.
  4. Memandangkan konsep federalisme yang diamalkan, Sabah tidak sepatutnya ketinggalan berbanding negeri-negeri lain, lebih-lebih lagi dari segi pembahagian kekayaan negara.
  5. Saya masih ingat kata-kata Presiden PAS pada tahun 2013 semasa Program Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kota Kinabalu. Beliau mengatakan dari segi keadilan sepatutnya kekayaan Sabah digunakan sepenuhnya untuk kemajuan dan pembangunan Sabah sebelum diserahkan kepada pusat. Ini kerana Sabah masih jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang berbanding negeri-negeri lain.
  6. Kerajaan persekutuan perlu menyelesaikan perkara seumpama ini secepat mungkin. Sabah sangat memerlukan belanjawan yang besar bagi mencapai hasrat Sabah Maju Jaya yang menjadi misi besar kerajaan Sabah.

YB DR. ALIAKBAR BIN GULASAN
SETIAUSAHA PAS SABAH
25 September 2021

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: