Adun Apas Hargai Penduduk Kampung Yang Patriotik

Hebat orang Tawau ni khususnya penduduk di tiga kampung yang terletak di pesisir pantai Batu Payung. Ada semangat patriotik yang tinggi!

Dimana mereka telah membantu pasukan keselamatan bagi menangani jenayah rentas sempadan dan hal itu patut dicontohi. Begitu kata pujian Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan pada mereka yang berkenaan.

Tambah Datuk Nizam lagi tindakan penduduk dari tiga kampung iaitu Kampung Batu Payung, Kampung Tinagat dan Kampung Membalua yang menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan cara menyalurkan maklumat telah berhasil menggagalkan cubaan jenayah rentas sempadan.

Baru baru ini hasil maklumat mereka pasukan keselamatan berjaya mematahkan cuba mengedar dadah jenis syabu seberat 303 Kilogram bernilai RM11 juta yang merupakan rampasan terbesar di Sabah.

Justeru itu Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang juga Adun Apas sudi dan dengan penuh rasa bangga memberikan mereka sijil penghargaan. Majlis di adakan di PDM Kampung Batu Payung, Tawau.

Menurut Datuk Nizam, sebahagian besar DUN Apas terletak di pesisir pantai yang sangat terdedah dengan kegiatan jenayah rentas sempadan dan hal ini telah membimbangkan penduduk sejak sekian lama.

Dalam pada itu beliau berkata Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan mendirikan pondok kawalan di Kampung Batu Payung sebagai kemudahan kepada anggota mereka.

Semoga sikap patriotik penduduk kampung itu menjadi contoh kepada kita semua menyebabkan Sabah lebih maju jaya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: