Tanpa MoU PM Ismail Hanya Bertahan 30 Hari – Tajuddin

Tanpa MoU maka kerajaan atau Perdana Menteri Ismail Sabri (PM Ismail) hanya akan bertahan 30 hari.

Begitu penjelasan, Tajuddin Abdul Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak berkenaan kenapa MoU dimeterai bersama pembangkang. Lanjut Tajuddin lagi ia terpaksa dilakukan sebab PM Ismail hanya mendapat sokongan 114 dari ahli Parlimen Bersatu, GRS, GPS dan UMNO.

Soal pembangkang akan mendapat peruntukan yang sama banyak dengan ahli Parlimen kerajaan. Menurut Tajuddin ia tidak menjadi isu, walaupun pada hakikatnya pembangkang akan lebih kuat dalam pilihan raya umum akan datang pembangkang.

Inilah apa yang dipanggil kesenangan yang bersifat jangka pendek. Hahaha. Pendek pada UMNO lah, tidak pada parti Bersatu atau GRS dan GPS, sebab gabungan ini semakin diterima oleh pengundi masing masing. Buktinya cuba dengarkan parti mana yang hari hari menjadi modal Pakatan Harapan, bukan kah UMNO?

Di Sarawak sudah tentu UMNO tidak wujud. Di Sabah pula, nampaknya menjadi makanan Warisan, apa lagi kalau UMNO Sabah terus bersikap acuh tidak acuh terhadap parti parti kerajaan.

Sebentar tadi belaci Nga Kor Ming mentioned admin di twitter dia kata admin patut sedar dan malu, sebab tanpa pembangkang kerajaan ini tidak akan bertahan lama. Admin balas kamu yang patut yang malu, ini kerana dalam parti lain tidak mendukung penuh kluister Mahkamah, kamu pula yang terhegeh hegeh (lebih kurang begitulah).

Apa pun ini adalah kerajaan Perikatan Nasional sebab Presiden Bersatu yang mencalonkan Datuk Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri ke 9. Jadi mari pertahankan!


Tanpa MoU, hanya kerajaan 30 hari

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
  • Oleh ASLINDA NASIR
  • 20 September 2021, 9:46 am

Share on facebook Share on twitter Share on whatsapp Share on email Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berisiko menjadi ‘kerajaan 30 hari’ jika tidak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa, tindakan segera itu dilihat sebagai jaminan kerana bilangan yang menyokong kerajaan sangat tipis dengan jumlah 114 sokongan, sekali gus boleh tumbang bila-bila masa.

“Masing-masing nak gunakan kesempatan ambil peluang ini untuk mengukuhkan parti masing- masing. Untuk apa? Persediaan nak menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi, apa dia kaedah yang diperoleh parti kerajaan? Apa yang dibuat oleh parti pembangkang? MoU lah. Kalau parti pembangkang dapat peruntukan sama dengan kerajaan, bermakna RM3 juta setiap kawasan, mereka nak berkempen habis-habis, habislah kerajaan.

“Tapi nak buat macam mana? Kalau nak, kita kena bersetuju tawaran itu. Kalau tidak, kita akan ada Perdana Menteri dua minggu sahaja lah. Keuntungan bagi pihak kita, tidak diganggu. Maknanya kita stabil sampai Julai tahun depan.

“(Tanpa MoU) hari ini kita nak lalui hari mendatang pun tercungap-cungap,” katanya ketika ditemu bual, Khamis lalu.

Tajuddin berkata, beliau memahami keadaan Perdana Menteri yang ‘tersepit’ dalam membuat keputusan kerana dalam masa yang sama, Ismail Sabri perlu menjaga kepentingan parti dalam politik.

“Kita sebagai pemimpin memang kena jaga kepentingan parti dan dalam masa yang sama perlu diingat yang kita adalah pemimpin kerajaan. Dia ada dua ‘topi’, satu kerajaan, satu parti. Parti ini ada tatakelola dia sendiri.

“UMNO? Setakat ini okeylah,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, beliau ditanya sama ada UMNO mempunyai masalah dengan dasar kerajaan yang diputuskan Ismail Sabri tanpa perbincangan dengan parti.

Mengulas lanjut, katanya, meskipun dilihat keputusan Perdana Menteri membelakangi parti, ia mengambil kira semangat menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya mengadakan persefahaman dengan semua pihak termasuk bersama pembangkang.

“Memang nampak mendahului parti, tetapi niat dia baik. Yang di-Pertuan Agong pun dah menasihatkan supaya ada kerjasama dengan pembangkang, jadi dia nak respons pada perkara itu dan dia buat cepat kerana Parlimen dah nak mula bersidang ketika itu.

“Jadi di situ akan wujud satu kestabilan politik yang mengambil konsep ‘menang-menang’ antara kedua-dua pihak,” katanya lagi.

Kerajaan Persekutuan dan PH pada minggu lalu melakar sejarah negara dengan memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang berlangsung di Parlimen.

Perdana Menteri berkata, MoU tersebut merangkumi enam perkara termasuk Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran serta Pembaharuan Parlimen.

Tiga lagi adalah kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.- UTUSAN ONLINE

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.