Anwar dan Kluster Ajak Bentuk Kerajaan Perpaduan 🙃

Nah belum apa apa lagi kenampakan sudah sikap maha hipokrit Anwar dan kluster Mahkamah.

Hipokrit bererti munafik orang yang tidak boleh diberikan kepercayaan, apa lagi orang seperti mereka itu yang telah terkantoi hingga diseret ke Mahkamah.

Selepas tiga serangkai ini berjaya menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional atau Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin hingga rakyat berdendam pada mereka.

Semalam Anwar cuba menutup kejahatan atau memulihkan hati hati yang terkesan dengan memperkenalkan kerajaan perpaduan, kerajaan perpaduan bererti tidak ada lagi parti sebagai pembangkang, semuanya bergerak sebagai pemerintah.

Kerajaan perpaduan versi Anwar ini juga berupa balasan sekaligus menyelamatkan sang kleptocracy atau kluster Mahkamah dari sabitan bersalah di Mahkamah. Seperti perancangan awal mereka melalui jajaran baru.

Pandailah kamu Anwar, baru baru ini Muhyiddin Yasin atau kerajaan Perikatan Nasional ada mencadangkan perkara yang sama tapi ditolak oleh pembangkang dan kluster Mahkamah. Sedangkan tawaran itu bertujuan untuk memantapkan pentadbiran kerajaan dan bagi mengelak kluster Mahkamah terlepas dari perbicaraan mereka.

Pun begitu seandainya admin diberi pilihan yang mengakibatkan hidup atau mati maka admin akan memilih salah seorang dari mereka asalkan bukan dari parti Warisan kerna Warisan ni bukan hanya hipokrit, kluster Mahkamah tapi juga sangat tidak kompeten. Hahaha!


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim sedang menggiatkan usaha menubuhkan apa yang disebut sebagai “kerajaan perpaduan” dan “persefahaman baru” dengan harapan dapat menenangkan kemarahan yang meluap dalam kalangan gabungannya berhubung kerjasama dengan sekumpulan ahli Parlimen yang bersekutu dengan bekas pemimpin Umno Najib Razak, kata seorang pemimpin utama PKR kepada MalaysiaNow.

Difahamkan, pasukan komunikasi dalam PKR digesa mempertingkatakan kempen media untuk menonjolkan keperluan untuk melihat keadaan ketika ini menjangkaui “skandal dan salahguna kuasa” dalam usaha menjalin kerjasama dengan ahli politik yang dianggap musuh oleh gabungan PH.

Setelah sesi mengadap di Istana Negara bersama pemimpin-pemimpin parti politik yang lain, Anwar tampil hari ini mengatakan Yang di-Pertuan Agong menasihatkan untuk mengadakan “persefahaman baru” supaya semua parti politik bekerjasama dalam usaha melawan pandemik Covid-19.

Namun sumber tersebut berkata penekanan presiden PKR itu terhadap sebahagian daripada apa yang dikatakan Agong adalah tidak mengejutkan.

“Matlamat utama adalah untuk pujuk mereka yang menentang kumpulan kleptokrat bahawa ini cara untuk maju ke depan, menggunakan istilah-istilah seperti ‘kerajaan perpaduan’ dan ‘persefahaman baru’,” kata sumber yang turut memegang jawatan dalam PKR itu kepada MalaysiaNow.

Istilah “kleptokrat” merujuk sekumpulan pemimpin Umno yang kini berdepan pelbagai pertuduhan rasuah diketuai Najib, bersama-sama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam menjalankan usaha menekan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sehingga meletakkan jawatan minggu ini.

Najib dan Zahid, yang kini berdepan ratusan pertuduhan rasuah termasuk mereka yang dikaitkan dengan skandal 1MDB mengumpul lebih dari sepuluh orang ahli-ahli Parlimen dari Umno untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Selain mereka berdua, kumpulan itu turut terdiri daripada ahli-ahli Parlimen yang kini menghadapi beberapa pertuduhan jenayah pecah amanah, rasuah, pengubahan wang dan mengelak cukai.

Terdahulu, Muhyiddin berkata beliau terpaksa meletakkan jawatan ekoran tindakan sekumpulan “kleptokrat” yang cuba mengganggu-gugat kestabilan pentadbirannya dan mahu kembali berkuasa.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.