Warisan Fitnah Rombongan Menteri PLBM Ke Sabah

Sudah admin nyatakan sebelum ini hampir tidak pernah kenyataan yang di canang oleh pemimpin dan jentera Warisan yang akhirnya terbukti benar, ini kerana kenyataan yang disebarkan itu adalah bersifat propaganda dan lebih kepada fitnah.

Terbaru yang ada kaitannya dengan usaha kerajaan memulihkan ekonomi Sabah khususnya.

Untuk makluman. Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia (PLBM) inilah yang bertanggungjawab menyediakan prasarana atau pembangunan di negeri ini dan tujuan kedatangan mereka adalah untuk meninjau dan merancang pembangunan.

Namun mangkuk @IniSabahbha telah memanipulasi kehadiran Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad ke Sabah kononnya tidak menjalani kuarantin selama 14 hari.

Walhal kalau kita rujuk surat kebenaran yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haji Safar Untong. Jelas dinyatakan kerajaan negeri memberi kebenaran khas kepada Yb Menteri Pembangunan itu untuk masuk ke Sabah pada 14 hingga 18 Julai 2021.

Juga dinyatakan dalam surat itu. Sebelum rombongan Menteri memasuki Sabah perlu menjalani ujian saringan RT-PCR Covid-19 dalam tempoh lima hari sebelum tarikh keberangkatan. Jadi untuk apa lagi menjalani kuarintin 14 hari?

Jelas tidak ada pelanggaran malah menyerlah Sabah sebuah negeri yang berdaulat sejak berada dibawah kerajaan GRS atau kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.

Kerajaan negeri mengeluarkan surat kebenaran dan SOP yang wajib dipatuhi oleh siapa pun.

Tapi sengaja diberi gambaran yang sebaliknya oleh para laskar Warisan yang juga sinonim dengan panggilan besi buruk. Matlamatnya seperti biasa untuk memburukkan kerajaan dan kepimpinan negeri di mata rakyat Sabah.

Kantoi lagi atau akhirnya tidak terbukti benar.

Bagaimana pula dengan wakil wakil rakyat Warisan, Adun Sulabayan, Jaujan Sambakong. Ketika semua wakil rakyat sibuk mengagihkan sembako (bakul makanan) di DUN dan Parlimen masing-masing. Dia pula berada di Semenanjung mengesahkan pembentukan Warisan di negeri Kelantan.

Pertanyaannya adakah Jaujan telah mematuhi SOP sebelum berangkat ke Semenanjung. Dan mana surat kebenaran merentas negeri dan atas tujuan apa? sebab berdasarkan gambar yang viral Jaujan sedang melakukan kerja politik. Klik link dibawah.

Adun Sulabayan Lari Rasmi Parti Di Malaya 👎


Dalam pada itu Kementerian PLBM telah menunda ke tarikh yang bersesuaian. Nampak tak benda belum jadi besi buruk Warisan sudah bersungguh sungguh menyebarkan fitnah.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.