Para jemaah Menteri menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin. Alhamdulillah.
Menyokong penuh bererti tidak ada lagi sokongan dari jemaah Menteri untuk menjatuhkan kerajaan sehinggalah tempoh pemerintahan Perikatan Nasional berakhir.

KENYATAAN MEDIA
AHLI-AHLI JEMAAH MENTERI
Ahli ahli Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada 14 Julai 2021 telah membuat keputusan sebulat suara untuk kekal memberi sokongan penuh kepada kepimpinan YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Ahli-ahli Jemaah Menteri juga ingin memaklumkan bahawa setiap keputusan Kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak.
Keutamaan Kerajaan pada ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar dari pandemik COVID-19.
AHLI-AHLI JEMAAH MENTERI 14 JULAI 2021