Warisan Meroyan Konon GRS Bagi Tanah Percuma Pada Persekutuan ðŸ˜…

Semalam Ketua Menteri Sabah telah menyerahkan geran tanah kepada Jabatan Jabatan kerajaan Persekutuan yang beroperasi di negeri Sabah. Jabatan kerajaan yang terlibat adalah seperti Polis, Bomba, Hospital Sekolah dan sebagainya.

Tapi telah dipersoalkan oleh pemimpin dan jentera Parti Warisan yang mendakwa kononnya Kerajaan negeri Sabah telah memberikan tanah negeri Sabah secara percuma pada Persekutuan.

Kritikan yang tidak berasas dan nampak sangat mengada-ngada. Seolah-olah mereka tidak pernah berkuasa sebagai kerajaan negeri, walaupun hanya mampu bertahan dua tahun setengah. Rasanya kalau mereka cergas, dua tahun setengah sudah memadai untuk memberikan mereka pengalaman dan pengetahuan bagaimana mengurus sebuah negeri tapi sayang tidak berlaku. Malah selepas tumbang pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020, ternyata pemimpin dan jentera Warisan semakin kuat meroyan dan mengada-ngada.

Adakah itu bermaksud semasa tempoh pemerintahan Kerajaan Warisan. Jabatan Persekutuan yang beroperasi di Sabah tidak mengendahkan mereka hingga boleh beroperasi walaupun tidak mendapat keizinan. Begitu lemah sekali? Bikin malu oh.

Seingat admin kerajaan Warisan ada menubuhkan Kementerian ataupun Jabatan Pendidikan dan Kesihatan milik kerajaan negeri. Soalannya kemajuan apa yang telah dicapai oleh jabatan negeri ini dan apa bentuk perasaan yang telah didirikan? Kosong

Jadi tindakan kerajaan negeri Sabah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atau Perikatan Nasional memberikan geran tanah kepada Jabatan Jabatan yang terlibat membuktikan Kerajaan Negeri Sabah dihormati oleh kerajaan pusat. Tindakan itu juga berdasarkan undang-undang atau perlembagaan yang wujud sebelum lagi nama Parti Warisan timbul.

Adakah antara lain maksud dari kritikan Warisan itu membuktikan Shafie Apdal semasa memegang Kementerian KKLW tidak menghormati undang-undang kerajaan negeri hingga berlaku ketirisan yang telah merugikan negeri dan Rakyat Sabah. Sebab itulah sehingga hari ini rakyat Sabah masih berhadapan dengan masalah kemudahan asas seperti Air, Letrik, Jambatan, Jalan dan sebagainya. Walhal waktu itu Kementerian KKLW telah mendapat peruntukan sehingga 6 bilion ringgit.

Namanya juga Kerajaan Persekutuan yang walaupun ia menjadi pusat pentadbiran negara tetapi mereka tidak boleh sewenang-wenangnya memajukan tanah yang ada di negeri Sabah tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri dan kebenaran itu sudah tentulah antara lain berbentuk geran tanah.

Tanah-tanah itu akan dibangunkan oleh Jabatan Persekutuan dan sekiranya dalam tempoh tertentu ia tidak dimanfaatkan maka kerajaan negeri akan mengambil menarik balik kebenaran untuk digunakan bagi tujuan lain.

Selain itu kalau kita baca pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bilangan 1 tahun 2014 jelas di sana menyatakan. Tanah yang diberikan berstatus rizab tidak boleh bertukar menjadi hak mutlak agensi Persekutuan. Tanah rizab bermaksud tanah khas yang tidak boleh ditukar milik hanya boleh dimajukan atas kebenaran kerajaan negeri.

Semalam admin terbaca satu status dari pengguna Facebook berstatus Sabahan katanya kalau pemimpin dan jentera Warisan menolak pemberian geran tanah pada agensi Persekutuan maka sebaiknya mereka membongkar bangunan Sekolah, Balai Polis, Bomba dan sebagainya selepas itu biarlah anak anak mereka bersekolah di atas tanah lapang. Hahaha.

Berpolitik berpolitik juga tapi jangan sampai merugikan diri sendiri. Takkan pula keuntungan yang diagihkan oleh kerajaan negeri kepada Persekutuan tidak mendatangkan hasil balik pada kerajaan negeri.

Parti Warisan sudah lupakah yang hari ini mereka tidak lagi berkonsepkan Sabah for Sabahan itu semua sudah hilang bilamana pada Pilihan Raya Negeri baru-baru ini Warisan bekerjasama secara total dengan parti DAP yang berasal dari Semenanjung hingga DAP sanggup menggunakan logo Parti Warisan.

Kalau pun masih berniat untuk membodohkan Rakyat Sabah ia dipersilakan bodohkan saja ahli parti Warisan yang bengap itu.

Penyokong Warisan yang bukan berstatus bumiputera mempersoalkan pemberian tanah kerajaan negeri? Kamu mahu tanah-tanah yang dimiliki ditarikbalik, jangan bodoh mangkuk.

Ini adalah kerajaan Perikatan Nasional yang memperkasakan Jabatan kerajaan, baik Jabatan milik kerajaan negeri mahupun milik Kerajaan Persekutuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.