
Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tawau, Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan menjawap tohmahan Ketua Wira Warisan yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman yang membuat kenyataan mengelirukan mengenai pemberian lebih 2,000 hektar tanah kerajaan negeri kepada agensi Persekutuan di Sabah.
Nizam yang juga Pembantu Menteri Kewangan negeri menyatakan bahawa Azis secara sengaja cuba mempolitikkan isu itu untuk mengelirukan rakyat bahawa kerajaan negeri telah memberi sejumlah besar tanah kepada agensi Persekutuan.
Azis sepatutnya maklum bahawa sebahagian besar geran tanah yang diberikan kepada agensi Persekutuan pada 18 Februari 2021, sebenarnya sudah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, hospital, klinik dan balai polis, tetapi sebaliknya dia cuba memutarbelitkan fakta berkenaan.
Mengenai kenyataan Azis yang mengatakan kerajaan Warisan pada masa lalu yang menyerahkan geran tanah adat (native land title) kepada kepada orang kampung sebanyak 10,000 ekar sejak tahun 2019-2020, Nizam berkata ia sama seperti “Lembu punya susu,sapi dapat nama”.
Faktanya tanah-tanah itu diukur dan sudah diberi kelulusan oleh kerajaan BN sebelum ini dan Azis tahu proses itu mengambil masa panjang, justeru geran itu hanya boleh dikeluarkan sekitar tahun 2019-2020.
“Amat memalukan lagi apabila Azis dan kerajaan Warisan secara terang mengaku bahawa pemberian geran tanah 10,000 ekar yang diberi kepada penduduk kampung pada masa itu adalah usaha mereka,” katanya.
Merujuk kepada Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) yang dilaksanakan pada tahun 2011, Nizam mengatakan bahawa program itu telah berjaya mengukur tanah NCR untuk memastikan hak orang asal untuk memiliki tanah yang menjadi tempat tinggal dan bekerja dilindungi.
Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM20 juta kepada kerajaan GRS tahun ini untuk memastikan lebih banyak tanah adat (native land) dapat diukur sekali gus hak milik tanah dapat diberikan kepada sebilangan besar penduduk luar bandar. Pada tahun lalu, peruntukan hanya RM7.5 juta.
TAMAT
Benar apa yang didakwa oleh Datuk Nizam berkenaan. Aziz Jamman tu cakap saja pandai dan tidak berkira-kira walhal mereka sendiri tidak mampu melakukannya.
Dia ungkit geran tanah orang kampung yang mereka telah berikan. Sedangkan pada hakikatnya yang memproses permohonan tanah orang kampung itu ialah Kerajaan BN yang diketuai oleh Tan Sri Musa Aman selaku Ketua Menteri sebelum Warisan.
Di Semporna Perkampungan mana yang Warisan telah berikan geran tanah? Tidak ada satupun.
Walaupun di Semporna itu tidak ada istilah setinggan bagi perkampungan yang terletak di pinggir laut atau darat. Kenapa tidak ada istilah setinggan sebab perkampungan itu sudah wujud sebelum lagi Shafie Apdal berpolitik ataupun sebelum lagi pemimpin pemimpin Warisan dilahirkan.
Satu lagi contoh logik, mana boleh kerajaan Sabah membuat prasarana di tanah milik Persekutuan atau mana mana negeri di Malaysia jika tidak ada kebenaran dalam bentuk geran tanah, nah begitu juga sebaliknya.
Dengan ada geran tanah berkenaan, membolehkan Agensi Persekutuan yang beroperasi di Sabah membesarkan premis mereka. Bila perkhidmatan berkembang sudah tentu akan dapat menyediakan peluang pekerjaan, waktu itu siapa yang untung?
Geran itu dikeluarkan oleh kerajaan negeri bererti kuasa negeri masih ada dan bukankah setiap geran tanah ada tempoh luputnya. So tidak timbul retorik yang dicipta oleh Warisan kononnya kerajaan negeri telah menyerahkan sejumlah tanah pada Persekutuan.
Tinggalkan Jawapan