
Tahniah Kerajaan Perikatan Nasional kerana menyelesaikan masalah ketagihan dadah secara efisien dan adil kepada penagih atau pesakit.
Kerana kita percaya semua orang berpeluang untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.
Dan percayalah ramai remaja belia yang terjebak dalam penagihan dadah ini datang dari keluarga yang berada dan beradab bukan sembarangan orang. Tetapi kerana pengaruh datang daripada kawan-kawan dan persekitaran menyebabkan mereka terjebak.
Apa boleh buat itu juga adalah takdir yang mereka harus lalui.
Betullah nasihat agamawan bahawa Nabi pun sanggup mengampunkan umatnya apa lagi manusia biasa seperti kita.
AKTA PENYALAHGUNAAN DADAH DAN SUBSTAN BAGI MENGGANTIKAN AKTA PENAGIH DADAH 1983
Dasar pengalihan penyalahguna dadah dari hukuman penjara ke program rawatan dan pemulihan dadah akan direalisasikan melalui penggubalan Rang Undang-Undang baharu dikenali sebagai Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan.
Akta baharu ini bakal meningkatkan akses kepada rawatan dan pemulihan dadah, membolehkan lebih ramai penyalah guna dan penagih dadah dipulihkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan dan bukannya dipenjarakan bagi mengelakkan stigma masyarakat, memudahkan integrasi semula ke dalam komuniti dan memberikan peluang kedua kepada mereka.