
Sebelum admin sedikit mengulas pendedahan terbaru yang dibuat oleh Menteri Wilayah Datuk Annuar Musa berhubung pergolakan yang sedang melanda Perikatan Nasional, iaitu UMNO yang cuba menarik sokongan ke atas kerajaan Perikatan Nasional. Suka admin merujuk ulang kronologi persekongkolan yang dijalankan diantara UMNO dan Anwar Ibrahim aka DAP, sebenarnya.
Menurut sumber, awalnya catatan dibawah khusus ditujukan untuk para ahli UMNO. Tapi terlepas, entah bagaimana.
*UNTUK BACAAN AHLI UMNO SAHAJA*
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tuan Guru Hj. Hadi Awang bersama dua Setiausaha Agung, Hamzah Zainuddin dan Takiyuddin Hassan telah tahu gerakan dilakukan oleh pemimpin Umno proksi Najib Razak.
Kepala bagi menjatuhkan perpaduan Melayu Islam ini adalah Najib Razak melalui Jazlan, Ahli Parlimen Machang. Malah kronologi ini telah diketahui awal oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
8 Oktober – MP Machang, Rompin dan Najib bertemu di Pavilion. Najib cerita kenapa nak bekerjasama dengan Anwar Ibrahim. Turut bersama ketika itu MP Tanjong Karang, Arau dan Padang Rengas.
9 Oktober – MP Machang, Rompin, Arau dan Padang Rengas buat keputusan dan memilih Anwar Ibrahim.
11 Oktober – MP Machang bertemu DS Zahid Hamidi meminta jaminan jika perancangan Najib berjaya DS Zahid Hamidi perlu melantik Najib sebagai Pengerusi BN.
14 Oktober – MP machang, Rompin dan Arau bertemu Najib Razak.
17 Oktober – Tengku Muda berjumpa Najib Razak, Anwar Ibrahim, Tajuddin Rahman dan Anthony Loke.
Tengku Muda mengatakan YDPA tidak mahu tengok Najib Razak masuk ke dalam kerana Najib Razak adalah Orang Kaya 8.
Anwar bersumpah – kluster mahkamah akan dilepaskan sekiranya beliau menjadi PM.
18 Oktober – MP Machang berjumpa Najib Razak dan meminta supaya perancangan ini ditangguhkan sebab seluruh bahagian Umno di Kelantan tolak Anwar Ibrahim.
Pada sebelah malam, MP Jerantut, Kimanis dan Padang Besar bersetuju agar rancangan ini ditangguhkan.
19 Oktober – Mesyuarat MKT Umno, Tanjong Karang dan Machang diherdik oleh majoriti MKT dalam mesyuarat MKT Umno susulan perancangan untuk menjatuhkan kerajaan.
Najib Razak – 4 bulan selepas mengambil alih kerajaan, menjelaskan beliau tidak kutuk kerajaan supaya rakyat sokong TS Muhyiddin Yassin.
Najib Razak kecewa kerana Hamzah tidak menunaikan janji berkaitan kes mahkamah melibatkan dirinya, Rosmah Mansor serta anak-anaknya.
Manakala Zahid Hamidi mendakwa Hamzah ugut akan mengambil tindakan ke atas Nurul Hidayah iaitu anaknya.
20 Oktober: Jawatankuasa Noah berjumpa MP dan menyerahkan RM20 juta kemudian Najib serah 12 Akuan Bersumpah kepada Anwar Ibrahim.
1. Pekan
2. Pontian
3. Bagan datuk
4. Rompin
5. Pasir Salak
6. Padang Rengas
7. Kinabatangan
8. Baling
9. Machang
10. Arau
11. Besut
12. Jerantut
Malah Presiden Umno, Zahid Hamidi dua kali melanggar janji yang mereka telah persetujui bersama.
Ramai orang Umno tidak tahu krisis Menteri Besar Perak adalah permulaan Umno dengan DAP.
Malah PM Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘fuck off’ Zahid Hamidi manakala TG Hadi Awang kata Presiden Umno manusia ‘munafik’.
Orang Umno fikir Pas tidak dapat menerima Amanah. Namun, anda semua tersilap sebab Pas telah berunding dengan Mat Sabu.
Namun, Presiden Amanah berpendirian tidak akan menyertai Perikatan Nasional sekiranya Najib dan Zahid bersama dalam kerajaan.
Bagaimanapun, Mat Sabu bersedia bersama Perikatan Nasional sekiranya dua individu ini tidak bersama dalam kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tuan Guru Hj. Hadi Awang bersedia dengan “exit plan” jika Umno menarik sokongan mereka kepada Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan majoriti Melayu Islam.
Bersatu: 50
Warisan: 11
Pas: 18
GPS: 18
Amanah: 11
Pejuang:4
Bebas: 1 (Maszlee)
Jumlah: 113
Biarkan parti Umno dengan lagak abang besar dan Najib serta Zahid meringkuk dalam penjara!!
Sekaligus catatan diatas dapat mentuntaskan berita yang viral sebelum ini, di mana terbukti benarlah Anwar Ibrahim memiliki surat akuan atau SD dari Ahli Parlimen UMNO. Benar benar Anwar Ibrahim mempunyai nombor bukan kaleng kaleng oh.
Walaupun ada dikalangan 12 orang itu yang menafikannya, seperti Ahli Parlimen Arau, mungkin juga benar bukan dia tapi seorang lagi daripada Sabah yang tidak disenaraikan namun pada hakikatnya terlibat dalam gerakan itu, kerana kelmarin Arau telah menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak menyokong UMNO untuk bekerjasama dengan Anwar dan DAP.
Berhubung pendedahan atau pengakuan Annuar Musa yang berlaku di sidang media sebentar tadi.
Annuar Musa mendedahkan benar Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi menandatangani akuan bersumpah menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. SD itu jugalah yang dipersembahkan kepada yang di-pertuan Agong.
Annuar Musa juga mengakui yang beliau ada menyimpan maklumat dan bukti kukuh yang menunjukkan pemimpin tertinggi UMNO yang berunding dengan DAP bagi membentuk jajaran baharu politik sekaligus menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.
Seperti yang admin tulis sebelum ini pergolakan ini didalangi oleh UMNO yang bertujuan untuk menyelamatkan pemimpin mereka yang sedang berhadapan dengan skandal rasuah di mahkamah.
Penafian Najib Razak kononnya dakwaan Annuar Musa ini adalah tidak benar sebaliknya yang berbohong adalah Najib sendiri. Benar secara luarannya akar umbi atau Ketua Ketua Bahagian UMNO menolak untuk berkerjasama dengan DAP tetapi semua orang tahu Ketua Ketua Bahagian itu tidak lebih dari puppet yang sentiasa mengikut arahan tuannya. Seperti mana kronologi diatas.
Menteri Besar Perak yang awalnya diwakili oleh PPBM ditumbangkan oleh UMNO melalui kerjasama mereka dengan DAP. Jadi tentang mana pula hubungan UMNO dan DAP tidak wujud. Hahaha!
1 komen