Surat Zahid dan Najib Sokong Anwar Viral Sejak Oktober dan Disebarkan PKR

Surat yang ditandatangani oleh Zahid Hamidi dan Najib Razak bagi menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, mengantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebenarnya telah tular sekitar bulan Oktober tahun lalu dan ia disebarkan oleh jentera Anwar Ibrahim atau PKR.

Bertujuan menyangkal tuduhan jentera UMNO yang mendakwa Anwar Ibrahim berdusta, dia tidak ada nombor atau mendapat sokongan daripada pemimpin UMNO apa lagi sokongan daripada Najib dan Zahid Hamidi.

Namun waktu itu tidak ada seorang pun pemimpin UMNO atau penyokong mereka yang membuat laporan Polis supaya siasatan yang lebih lanjut dapat dijalankan.

Kelmarin ini bila Menteri Wilayah, Annuar Musa mendedahkannya barulah pemimpin dan jentera UMNO sibuk membuat penafian, kononnya itu bukannya tanda tangan Najib Razak.

Walhal dalam dunia birokrasi, tandatangan panjang dan pendek hanya digunakan untuk urusan tertentu. Tidak semua dokumen yang ditandatangani menggunakan tanda tangan penuh atau panjang.

Sejujurnya admin tidak pasti adakah dokumen ini yang dimaksudkan oleh Annuar Musa. Siapa tahu ada lagi yang lain.

Silakan baca link di bawah artikel itu ditulis pada sekitar Oktober tahun 2020.

Sejujurnya dari awal lagi UMNO memang berkomplot ingin menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional walaupun hasrat jahat itu cuba dinafikan oleh kepimpinan UMNO dan laskar mereka. Kita boleh agak bila hampir setiap hari ada saja kritikan yang dilemparkan oleh AJK UMNO terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Apa kritikan itu datang dari Puad Zarkashi atau […]

Surat UMNO Menjatuhkan PM Muhyiddin Yassin. Kantoi!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.